adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 24 Januari 2014

Menyelusuri Zaman Silam di... Time Tunnel, Cameron Highlands

Antara tempat yang saya suka berkunjung setiapkali berada di Cameron Highlands adalah sebuah muzium tempatan yang diberi nama Time Tunnel. Muzium kecil ini dibuka hasil usaha seorang penduduk tempatan yang gemar menyimpan khazanah lama yang mempunayi nilai aestetik dan vintaj. Pelbagai barang lama dipamerkan di sini. Pengunjung boelh melihat pameran ini dengan bayaran masuk sebanyak RM 5 untuk seorang dewasa.

Ruang pameran dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut tema. Ruang awal kebanyakkannya menempatkan latar belakang dan sejarah pembukaan Cameron Highlands oleh peneroka British. Di bahagian lain pula menempatkan bahan-bahan pameran dengan setting rumah orang Cina di Tanah Melayu, kedai gunting, kedai kopi dan pelbagai bentuk aturan menarik yang lain. Suasana dalaman denga lampu yang agak kelam sedikit sebanyak menghidupkan suasana. Di sini saya ada sertakan sedikit gambar buat tinjau-tinjauan. Kalau mahu melihat lebih banyak, jangan luap ke sini apabila ke Cameron Highlands. Kunjungan ke sini secara tidak langsung mengimbau kenangan  apabila terlihatkan beberapa barangan yang ada ketika masih kanak-kanak.










Khamis, 23 Januari 2014

Rose Valley, Tringkap, Cameron Highland

Nampaknya penceritaan catatan percutian kami di Cameron Highland sekeluarga minggu lalu akan jadi caca marba. Gambar-gambar percutian ada di dalam telefon. Sebahagian lagi ada di dalam kamera. Tapi disebabkan rasa betul-betul teruja nak bercerita, maka kita akan lompat terus ke hari Jumaat.  Cerita hari Rabu dan Khamis kita tunda dalam catatan lain.

Tempat yang saya hendak kongsikan ini adalah Rose Valley di Tringkap, Cameron Highland. Berdasarkan pemerhatian saya, banyak juga pusat kebun ros di sini tapi ini yang menjadi pilihan saya. Ini kali pertama saya ke kebun ros. Jadi saya tak pasti yang mana satu paling cantik. Dengan bayaran sebanyak RM4untuk seorang dewasa dan RM2 untuk seorang kanak-kanak bermula dari  empat (4) tahun, kami pun masuk ke kawasan kebun. Bau semerbak bunga-bunga ros pelbagai warna pantas menusuk hidung. Wangi dan cantik sungguh. Ada juga tanaman hiasan lain diselang selikan di antara pokok-pokok ros. Di bahagian tebingannya ditanam dengan rumpun pudina. Segar sungguh daun pudina yang hidup sebagai penutup bumi di dasar batas ros.









Di bahagian dalam kebun ros ini juga terdapat beberapa tempat persinggahan buat tempat melepaskan lelah. Menarik juga duduk bersantai di kawasan ini. Kalau di rumah ada buaian comel seperti, haruslah menjadi tempat bertenggek anak beranak saban petang. 



Jika rajin menapak sehingga ke hujung, ada terdapat sebaris pokok tomato yang sedang berbuah ranum. Di sini juga tedapat kolam air yang dihisas cantik selain dilengkapi buaian. Terdapat juga pusat informasi ros berbentuk rumah kotej kecil di sini.



Selain bunga ros, turut dipamerkan di sini adalah pelbagi bentuk kaktus. Kaktus sangat cantik dipandang namun berhati-hati jika menyentuhnya. Di sini juga terdapat beberapa ekor merak yang galak mempamerkan ekornya yang cantik. Walaupun tidak banyak aktiviti boleh dibuat di sini, namun pemandangan yang cantik betul-betul menyegarkan minda. Kalau kita rajin menjaga taman di rumah, tak mustahil hasil sebegini indah juga dapat dinikmati.





Selasa, 21 Januari 2014

Hotel Review : Rumah Peranginan Persekutuan, CH


Minggu lepas saya telah bercuti panjang bermula pada hari Selasa sehinggalah hari Ahad. Hari Rabu kami sekeluarga telah ke Cameron Highland, Pahang sehingga hari Sabtu. Kami menginap di Rumah Penginapan Persekutuan (RPP) selama tiga hari. Pada hari Jumaat, kami menginap di sebuah hotel lain. RPP merupakan kemudahan kepada penjawat awam yang disediakan oleh Kerajaan di mana Cameron Highland merupakan salah satu lokasinya. Dengan harga serendah RM25 satu malam, tempahan bilik untuk menginap di sini sentiasa penuh. Tempahan untuk bilik ini telah dibuat oleh suami saya pada bulan Jun yang lalu. Bagi penjawat awam yang berminat, bolehlah membuat tempahan di sini.



Bilik yang telah suami saya dapatkan untuk kami sekeluarga mempunyai sebuah katil besar dan sebuah katik kecil. Ia turut dilengkapi dengan set televisyen, cerek air dan seterika. Tuala tidak disediakan namun sejadah ada disediakan. Bilik airnya agak selesa dengan kemudahan air panas. Tidaklah sejuk sangat tatkala membersihkan badan. Penyaman udara juga disediakan walaupun tidak digunakan sepanjang penginapan kami. Bilik ini juga dilengkapi dengan saluran asas ASTRO. Jadi tidaklah kebosanan jika berada di bilik. Walau bagaimanapun, apa guna duduk di bilik jika tidak berada di pusat peranginan yang indah seperti Cameron Highland.

Di sekitar kawasan RPP ini juga terdapat kemudahan taman permainan untuk kanak-kanak. Terdapat juga kemudahan BBQ dan pondk-pondok kecil sesuai untuk aktiviti keluarga mahupun aktiviti institusi yang datang secara berkumpulan.


Di luar pagar RPP ini ada terdapat sebuah kebun strawberry di mana kelihatannya ada aktiviti memetik strawberry disediakan kepada pengunjung. Namun, saya tidak berkesempatan ke sini. Di sekitarnya juga, terdapat beberapa rumah penginapan beberapa agensi korporat yang lain juga. Kawasan rumah penginapan ini terletak di puncak bukit. Namun begitu, pemandangannya agak kurang menarik kerana mengadap kawasan bukit yang sedang digondolkan mungkin untuk kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, suasana di sini sangat nyaman dan tenteram.

RPP sudah tentu menjadi pilihan utama saya sekeluarga jika kami berhasrat untuk ke Cameron Highland lagi.

Selasa, 7 Januari 2014

Lawatan Singkat Ke Perth, Western Australia

Penghujung tahun 2013 telah diakhiri dengan perjalanan yang begitu mengujakan saya. Saya telah ke Perth, Western Australia atas urusan kerja. Lawatannya agak singkat. Hanya tiga hari termasuk dua hari perjalanan pergi dan balik. Sebahagian besar hari pertama saya dihabiskan di dalam kapal terbang. Setibanya di sana, hari telah petang. Cuaca agak panas memandangkan kini musim panas. Suasana agak silau dan digalakkan memakai kacamata hitam.




Selepas daftar masuk di hotel penginapan dan menyegarkan badan, kami dibawa makan malam di Kaili’s Freamantle Seafood CafΓ© yang terkenal dengan makanan laut. Fremantle adalah sebuah pekan pelabuhan yang terletak di muara Swan River. Di kawasan ini ada terbanyak banyak pilihan kafe yang menyediakan hidangan makanan laut yang segar. Pilihan makanan laut segar tangkapan nelayan laut juga boleh diperolehi di sini. Pemandangan cantik di sini dengan burung camar laut berterbangan. Menjelang malam, suhu menjadi sangat sejuk hingga ke tulang. Sewaktu di sana, ramai juga rakyat Malaysia sedang menjamu selera. Di sini juga terletak Fremantle Market yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad. Di pasar ini banyak dijual produk hasilan tempatan dan cenderhati yang dijual dengan harga yang murah. Walau bagaimanapun, saya tidak berkesempatan ke pasar tersebut.  Mungkin dalam lawatan akan datang saya akan ke sana.



Hari kedua saya dipenuhi dengan lawatan dan mesyuarat rasmi sehingga hampir terlepas makan tengahari. Lewat petang barulah dapat berjalan-jalan di sekitar bandar. Memandangkan warga Australia kini telahpun mula bercuti sempena Krismas, maka banyak kedai telah ditutup. Kalau ada yang masih beroperasi pun hanya sehingga jam 6 hingga 7 malam sahaja. Sempatlah membeli beberapa cenderhati untuk orang-orang yang ditinggalkan. Masa terlalu singkat sampaikan nak tengok kangaroo dan koala pun tak sempat. Tengok di rak kedai ajelah. Sempatlah juga saya mengambil gambar beberapa bangunan menarik di sekitar. 





Dah penat meronda, singgah minum jus buah organik berjenama Spring Valley di sebuah kiosk. Di penutupnya ada dicetak fakta menarik yang dinamakan liddle fact. Kalau dikumpul kesemua penutup botolnya tentu dapat menjadi memorabilia berharga.


Malam itu, saya dan rakan-rakan sekerja makan malam di rumah seorang sahabat yang bertugas di Perth. Sudah hampir tiga tahun dia sekeluarga menetap di sana. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan kami sekeluarga atas layanan yang baik dan hidangan Nasi Ayam yang sedap. Dalam perjalanan ke rumahnya di Ardross di pinggir bandar Perth, kami dapat melihat pemandangan malam Swan River yang cantik. Walau bagaimanapun saya tidak sempat mengambil gambar kerana sibuk melihat pemandangan selain suasana agak kelam kabut dek tersesat jalan ke rumah kawan. Maklumlah, rakan kami dari Malaysia yang memandu ke sana. Rakyat Malaysia boleh memandu dengan menggunakan lesen Malaysia di sana. Walau bagaimanapun hati-hati ketika memandu kerana AES berada di mana-mana sahaja. Had laju pemanduan adalah sekitar 40 hingga 60 km sejam. Perjalanan pulang pula kami melalui King’s Park. Pemandangan malam Central Business District juga cantik. Rugi pula rasanya tidak mengambil gambar. Kali ini sebab terlalu mengantuk. Banyak betul kerugian.

Central Business District (CBD) dari King's Park - Gambar dari Wikipedia

Esoknya adalah hari kepulangan kembali ke Malaysia. Selepas daftar keluar dari hotel, kami dibawa ke Harbour Town sebelum bertolak ke Perth International Terminal. Harbour Town adalah factory outlet bagi jenama-jenama terkenal Australia. Mujur dua jam sahaja masa diperuntukkan. Kalau tidak, mahu habis gaji sebulan. Jualan murah sempena Krismas dan penghabisan stok akhir tahun. Berbaloi-baloi. Kalau membeli-belah di Boxing Day lagilah habis duit. Banyak juga blouse saya beli untuk diri sendiri. Baju anak-anak sudah diborong di pasaraya Target berhampiran hotel penginapan. Kebetulan Target dibuka pukul 8 pagi kerana esoknya 25 Disember. Jadi, awal pagi sebelum daftar keluar saya dah keluar meronda-ronda.

Memang seronok dapat ke luar negara sesekali. Lebih seronok kalau pergi bercuti bukan untuk bekerja. Keseronokan lebih berganda jika pergi bersama-sama suami dan anak-anak. Sementara pesawat mendaki naik ke udara, sempatlah saya mabil beberapa gambar kawasan Western Australia dari udara bagi bahagian yang menghadap Lautan Hindi.



ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...