Pages

Isnin, 18 November 2013

Roti Putih Dari Dapur Sendiri

Sejak Jumaat lepas si Ameer asyik sebut nak makan roti empat segi. Roti sandwichlah tu. Tapi asyik lupa nak belikan. Kebetulan di rumah saya ada beli satu pek tepung berprotein tinggi sesuai untuk dibuat roti. Semalam pagi-pagi menguli rotilah dan itulahkali pertama saya membuat roti sendiri. Hasilnya agak memuaskan. Seronok dan puas hati dapat dapat makan roti putih buatan sendiri. Resepinya saya olah daripada resepi roti putih yang saya dapat dari buku The Essential Cooking Book. Resepi asal menggunakan yis kering. Saya gunakan yis segar yang disejuk beku. Sukar untuk mendapatkan yis kering di Aeon Big Putrajaya. Rasanya tak pernah jumpa di rak jualan pun. Yis segar yang dijual pula agak besar, jadi nampaknya banyaklah resepi yang menggunakan yis boleh dijayakan. Inilah resepi roti putih yang saya buat semalam.


Bahan – bahan:
450 gm tepung roti
1 ½ sudu teh yis segar
1 biji telur
1 biji kuning telur
2 sudu besar mentega
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
Air suam secukupnya

Cara Penyediaan:
Telur dipukul sedikit sekadar untuk mengadunkannya. Campur dengan yis dan air suam sehingga mencapai sukatan 300 ml. Adunkan tepung, garam dan gula serta mentega sehingga membentuk tekstur seakan serbuk roti. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dan adun adunan tepung sehingga menjadi doh yang kenyal dan lembut. Uli selama lebih kurang 10 minit. Rehatkan doh di dalam bekas yang telah diminyakkan selama lebih kurang 1 ½ jam atau sehingga doh mengganda. Sebaiknnya di rehatkan di dalam ruang yang sedikit panas. Kemudian, uli lagi adunan dalam tempoh 5 minit dan bentukkannya mengikut bekas. Masukkannya ke dalam bekas pembakar roti yang telah diminyakkan dan rehatkan untuk tempoh 30 minit atau sehingga adunan naik sekali ganda. Panaskan oven ke suhu 220°C. Bakar selama 30 – 35 minit. Roti telah masa jika kedengaran bunyi lompong jika bahagian bawah bekas diketuk. Jika kedengaran padat, teruskan membakar. Sejukkan roti di atas redai dan nikmatinya.


Setelah roti masak, saya dan Ameer menikmati roti disapu Nutella dari tengahari sampai ke petang walaupun tengahari dah makan nasi. Ameer memang hantu roti. Walaupun Ameer dah makan roti dengan Nuttella, dicicah lagi sekeping dengan air coklat panas. Lembut dan gebu. Warnanya sedikit kuning tidak putih seperti roti yang dijual di pasaraya. Separuh habis dimakan semalam. Bakinya saya potong kepingan. Dapatlah enam keping. Kalau dapat dicicah kari ayam tentu enak. Dibakar rangup, sapu mentega dan jem atau serikaya tentu menyelerakan sambil minum kopi.


Pagi tadi, saya cepat-cepat perasakan sekeping dada ayam dan gril sehingga masak. Pagi ini saya bawa sandwich roti dengan ayam gril untuk sarapan. Diapit dengan setimbun salad Butterhead kegemaran. Kenyang, memuaskan hati dan menyihatkan. Masa dipekkan rasa sudah setimbun salad diletakkan. Hampir separuh kepala Butterhead dikerjakan, sampai dipejabat rasa terkurang pula. Esok mesti letak lagi banyak saladnya. Hari ini jimat duit belanja sarapan. Roti dan ayam dimasak sendiri di rumah. Sos cilid an mayonis dapat percuma dari pek promosi makanan. Bekas makanan percuma dari MILO. Kalau salad datang dari kebun sendiri bertambah-tambah jimatnya! Hehehe.

17 ulasan:

  1. kuning tuh kerana letak telur..yg komersial biasanya tak letak..sy suka whole wheat flour..skrang nie buat sendiri jer rotinya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. lgpun yg komersil letak bleached flour. sebab tu putih. nak buat juga roti wheat flour tp kena cari bahan dulula hehehe... lebih serat lebih bagus utk perut.

      Padam
  2. Wahh.. rajinye.. uli pakai tangan yep? mesti cube resepi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. pakai tangan. malas pakai mesin sebab malas cuci hehehe

      Padam
    2. Kami lagi rela cuci dari uli.. xlarat tangan.. hehe. wanie mmg rajin lah..

      Padam
  3. gebunyer... uli tangan je? naik elok...mkn panas2 sedap ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sejuk panaskan dlm microwave atau toast atas pan..sedap berwap-wap bila panaskan hehe

      Padam
  4. roti buat sendiri sedap tp mls nk buatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. time ni je saya rajin..esok2 tgk ajela respei, nak buat lagi kot malas hahaha

      Padam
  5. Jalan-jalan ke blog ini...
    1st time singgah..
    banyak betul info...tertarik saya dgn blog ni..nnt saya dtg lagi ye...


    p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html

    BalasPadam
  6. Assalam wanie, seronoknya buat roti sendiri. saya pun teringin nk buat tp dengan syarat ada bread maker....hehe...saya tak rajin menguli. hehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. rajin menguli buat senaman tangan..xyah angkat dumbell hehe

      Padam
  7. Salam Wanie,

    Cantik gebunya roti! Mak Aji dok teringin nak buat roti sendiri cuma takut tak kuat nak menguli roti tak naik nanti?! Kalau uli dalam food processor saja dan guna tangan sikit saja boleh naik macam ni ke??

    BalasPadam
  8. Uli sendiri best...boleh bakar kalori sambil menguli...lgpun terasa originalnya roti kita. Roti pun lembut. I guna teknik lempar doh dan ramas dlm beg plastik utk dptkan doh yg cantik n halus. So tak pyh uli lama2.

    BalasPadam