Pages

Selasa, 21 Januari 2014

Hotel Review : Rumah Peranginan Persekutuan, CH


Minggu lepas saya telah bercuti panjang bermula pada hari Selasa sehinggalah hari Ahad. Hari Rabu kami sekeluarga telah ke Cameron Highland, Pahang sehingga hari Sabtu. Kami menginap di Rumah Penginapan Persekutuan (RPP) selama tiga hari. Pada hari Jumaat, kami menginap di sebuah hotel lain. RPP merupakan kemudahan kepada penjawat awam yang disediakan oleh Kerajaan di mana Cameron Highland merupakan salah satu lokasinya. Dengan harga serendah RM25 satu malam, tempahan bilik untuk menginap di sini sentiasa penuh. Tempahan untuk bilik ini telah dibuat oleh suami saya pada bulan Jun yang lalu. Bagi penjawat awam yang berminat, bolehlah membuat tempahan di sini.



Bilik yang telah suami saya dapatkan untuk kami sekeluarga mempunyai sebuah katil besar dan sebuah katik kecil. Ia turut dilengkapi dengan set televisyen, cerek air dan seterika. Tuala tidak disediakan namun sejadah ada disediakan. Bilik airnya agak selesa dengan kemudahan air panas. Tidaklah sejuk sangat tatkala membersihkan badan. Penyaman udara juga disediakan walaupun tidak digunakan sepanjang penginapan kami. Bilik ini juga dilengkapi dengan saluran asas ASTRO. Jadi tidaklah kebosanan jika berada di bilik. Walau bagaimanapun, apa guna duduk di bilik jika tidak berada di pusat peranginan yang indah seperti Cameron Highland.

Di sekitar kawasan RPP ini juga terdapat kemudahan taman permainan untuk kanak-kanak. Terdapat juga kemudahan BBQ dan pondk-pondok kecil sesuai untuk aktiviti keluarga mahupun aktiviti institusi yang datang secara berkumpulan.


Di luar pagar RPP ini ada terdapat sebuah kebun strawberry di mana kelihatannya ada aktiviti memetik strawberry disediakan kepada pengunjung. Namun, saya tidak berkesempatan ke sini. Di sekitarnya juga, terdapat beberapa rumah penginapan beberapa agensi korporat yang lain juga. Kawasan rumah penginapan ini terletak di puncak bukit. Namun begitu, pemandangannya agak kurang menarik kerana mengadap kawasan bukit yang sedang digondolkan mungkin untuk kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, suasana di sini sangat nyaman dan tenteram.

RPP sudah tentu menjadi pilihan utama saya sekeluarga jika kami berhasrat untuk ke Cameron Highland lagi.

1 ulasan:

  1. Salam kenal..
    dari RPP, ke tempat wisata apakah jauh? spt kebun teh, strawberry,kebun bunga,farm lebah,dll, kendaraan apa yang bisa digunakan kalau kita tidak bawa kendaraan sendiri, Terima kasih.

    BalasPadam