Pages

Selasa, 6 Mei 2014

Lobak Dalam Sejarah...

Sudah agak lama saya tidak pulang ke kampung. Maksudnya saya pun sudah tidak pasti apa sudah jadi dengan kebun ayah saya. Kebiasaannya ayah akan mula mengerjakan kebun sayurnya untuk bekalan sepanjang Ramadhan. Ramadhan sudah hampir tiba. Walaupun sudah lama tidak pulang ke kampung, emak dan ayah kerap datang ke Putrajaya dengan pelbagai urusan. Alang-alang dapatlah mereka melepaskan rindu pada anak menantu dan cucu-cucunya mereka.


Petang begini, otak pun dah tepu. Belek punya belek gambar lama di telefon ternampak gambar lobak merah yang ayah tuai dari kebunnya berbulan dahulu. Gemuk tetapi terbelah. Tidak pasti pula berserat atau tidak. Yang penting dah selamat di makan emak dan ayah. Bilalah agaknya dapat menuai hasil yang sama. Hasil yang saya tanam dulu dapatlah dalam empat ketul sebesar ibu jari. Semoga gambar ini dapat menjadi inspirasi semua pekebun rumah untuk terus berkebun!.
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Hhoho ini tabik spring ni..sama la dulu pun pernah tanam carrot...tp hasil sebesar jari kaki yg bongsu..punya la nk ckp kecik nya hasil..:p

    BalasPadam