Pages

Jumaat, 13 Februari 2015

Jalan-Jalan di Sultanahmet Meydani

Cuaca pagi Khamis sangat sejuk dek kerana hujan yang turun rintik-rintik sejak dinihari lagi. Pagi-pagi lagi saya sudah bangun kerana mata sudah sukar dilelapkan selepas jam 5.30 pagi. Memandangkan kami merancang untuk keluar awal pagi ini, maka saya segera memasak nasi sebagai alas perut yang akan disantap bersama sardin, sambal hitam dan sambal tempe kering. Ini semua dibawa dari Malaysia kiriman adik-adik saya dari Mesir. Tambahan pula, siap bersarapan dapat menjimatkan masa dan wang juga. Mujurlah mertua pernah ajar memasak nasi tanpa periuk elektrik maka eloklah masaknya nasi saya. Sambal-sambal tadi pula cuma dipanaskan saja dalam microwave dan juga sardin yang dikeluarkan dari tin. Kenyang perut dapat makan nasi.

Dari aparmen, kami bergerak Sultanahmet Meydani atau Hippodrome of Constantinople. Kawasan ini terletak di bahagian kanan Sultanahmet Camii - Blue Mosque, berhadapan dengan Mosaic Museum dan bangunan Ottoman Ministry of Land Register. Dataran ini suatu masa dulu.merupakan pusat sosial bagi komuniti Turki pada zaman Byzantine. Di sini terdapat juga tiga struktur obelisk iaitu Walled Obelisk, Serpent Obelisk dan juga Obelisk of Theodosius. Selain dari itu juga, di hujung dataran ada terdapat satu struktur yang dinamakan The German Fountain. German Fountain ini telah dibina oleh Kerajaan German sebagai tanda lawatan ke Istanbul pada tahun 1900. Struktur ini dibina dalam bentuk oktagon dan dihiasi dengan ukiran dan corak yang indah.

Mosaic Museum


 




Seterusnya kami bergerak ke Hagia Sofia. Hagia Sofia merupakan sebuah binaan agung yang asalnya dibina sebagai gereja di mana kemudiannya menjadi masjid. Kerajaan Turki kemudian telah mewartakan bangunan ini sebagai muzium pada zaman pemerintahan M.Kamal Attartuk dan kini merupakan sebuah muzium yang paling banyak dilawati. Tiada sebarang artifak dipamerkan di sini. Namun, dengan bayaran sebanyak 30 lira (kira-kira RM45) kita dapat menikmati keagungan senibina zaman silam. Kubah besar binaan ini banyak mempengaruhi reka bentuk binaan masjid-masjid Ottoman di Turki termasuk di luar Istanbul. Ruang binaan dalamannya dan perinciaan sangat cantik dan indah. Gambar-gambar yang ada tidak dapat menzahirkan rasa kagum yang dialami. Betapa kagumnya melihat keindahannya sambil membayangkan betapa bijak, berseni dan kuatnya orang-orang pada zaman dahulu membina binaan indah ini. Binaan yang besar juga menggambarkan kekuatan sesuatu kerajaan yang memerintah. Binaan agama pada zaman dahulu turut menggambarkan kekuatan jajahan pemerintahan tersebut.






Bergerak ke sebelah kiri Hagia Sofia, kami menuju ke Topkapi Palace. Topkapi Palace merupakan sebuah istana yang besar di Isatnbul, Turki di mana inia merupakan kediaman utama bagi sultan-sultan zaman Ottoman untuk tempoh lebih kurang 400 tahun. Istana ini mempunyai 4 laman taman di kelilingi tembok yang tinggi dan satu bangunan kediaman yang dipanggil Harem. Bayaran masuk ke istana ini adalah 30 Turkish Lira dan tiket Harem pula 15 Turkish Lira iaitu berjumlah kira-kira RM63. Topkapi Palace menjadi tumpuan utama pada zaman Ottoman untuk acara keramaian diraja, keseniaan dan keagaaman. Kini, istana ini menempatkan artifak-artifak zaman pemerintahan Ottoman dan keagungan Islam seperti jam, pedang, barang perhiasaan dan hasil pertukangan besi. Bahagian dalaman istana dihiasi dengan jubin seramik lukisan tangan yang merupakan kepakaran seni Turki.

 






Maaf, saya tak larat nak upload semua gambar dalam blog. Tapi anda semua dialu-alukan untuk jenguk instagram saya untuk gambar-gambar menarik [ig : nzawani83]
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan