Pages

Isnin, 9 Mac 2015

Ish..ish... Sampai Hati Awak Ye...



Saya bukan saja-saja letak gambar pasu kosong. Tapi sebab nak ceritakan satu kejadian yang buat saya kecewa.

Beberapa minggu lepas saya ada menyemai dahan pokok bunga raya di dalam satu pasu kecil. Setelah beberapa daun tumbuh, saya pun pindahkan ke pasu besar. Dahan pokok tu saya ambil dari timbunan dahan pokok yang dicantas di tadika anak saya. Seronok betul bila melihat hasil semaian mula menjadi. Dulu saya memang ada sepasu bunga raya merah tetapi sudah mati kerana akarnya diserang kulat. Apabila bunganya kembang, warna merah memang cantik terserlah.

Tapi malang bagi saya. Pagi sabtu lepas saya lihat pasu saya sudah kosong. Tiada kesan dilanggar binatang kerana tiada kesan korek dan dahan yang disemai pun entah ke mana. Saya syak ada orang yang tak ada kesedaran sivik dah cabut semaian saya. Ini bukan kali pertama. Dulu, dahan pandan saya dicantas. Kemudian, dahan mulberi saya pun menjadi mangsa. Kini, semaian bunga raya pula.

Sampai hati ye awak buat saya begini. Remuk hati saya. Biasalah, rumah di Putrajaya tak berpagar. Jadi orang senang saja nak 'tolong' belekkan taman kita. Takpelah, saya halalkan.

Sampai masa jumpa cantasan dahan pokok bunga raya, saya akan semai lagi. Saya tak akan pergi saja-saja cantas pokok yang pihak berkuasa tempatan dah tanam cantik-cantik. Kalau saya buat juga, saya sama dengan sajalah dengan awak, si pencopet semaian bunga raya.
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. tiada rezeki lagi tu.. mungkin lepas ni dapat yang lebih cantik, sihat dan kekal..

    BalasPadam
  2. Ada jgk org yg main masuk je laman org lain.bahaya jgk tu.

    Rina

    BalasPadam