Pages

Isnin, 2 Mac 2015

Lawatan Ke Salah Al Din Citadel - Kubu Salahuddin Ayyubi

Hari ketiga kami di Cairo, kami dijadualkan untuk kedua tempat sahaja sebabnya tempat-tempatnya luas sangat dan catatan mengenainya perlu dibuat berasingan. Pada waktu pagi, kami semua ke Citadel of Cairo atau Salah Al Din (Saladin Citadel). Kubu pertahanan ini terletak di Bukit Mokattam di tengah-tengah bandar Cairo. Kompleks bersejarah ini menempat dua buah masjid, muzium polis dan juga muzium tentera serta sebuah bekas kediaman rasmi pemerintah. Salah Al Din telah membina kubu ini sebagai benteng pertahan bagi menahan serangan musuh semasa Perang Salib sekitar 1183 Masihi.


Dalam catatan ini saya akan kongsi berkenaan kubu ini sahaja manakala dua masjid lagi serta muzium polis dan muzium tentera akan saya ceritakan dalam catatan yang lain. Bayaran masuk bagi pelawat adalah 50 EP (RM25) manakala bagi pelajar 25 EP (RM12.50). Tiket masuk ini membolehkan kita masuk ke semua bahagian kubu yang dibenarkan kepada pelawat. Di pintu masuk, pelawat kena dikehendaki untuk melalui pengimbas keselamatan dan isi dalam beg perlu ditunjukkan kepada pengawal. Ini adalah prosedur biasa yang perlu dilalui di tempat-tempat tumpuan awam di Mesir.




Apabila berada di Cairo, lawatan anda tidak lengkap jika tidak berkunjung ke kubu pertahanan yang telah dibina sebagai salah satu aspek penting dalam sistem pertahanan Cairo dalam peperangan pada Zaman Pertengahan. Ia mengandungi beberapa gerbang pintu masuk, menara tinjau dan binaan dinding pertahanan yang tinggi. Monumen ini merupakan monumen bersejarah yang utama di Mesir yang tidak mempunyai kaitan dengan era Zaman Firaun.

Disebabkan oleh kedudukan kubu ini yang tinggi, sebahagian besar pemandangan di seluruh bandar Cairo dapat dilihat dengan jelas. Ketika kami di sana, pandangan seluruh Cairo dapat dilihat seluas mata memandang. Dari sini boleh nampak betapa padatnya bandar Cairo. 




Selain masjid dan muzium, kubu ini juga menempatkan Gawhara Palace (the Jewel Palace), sebuah binaan yang dinamakan sempena isteri terakhir Mohamed Ali iaitu Gawhara Hanem. Bangunan yang telah dibina pada 1814 iaitu kira-kira 600 tahun selepas kubu dibina merupakan pusat pemerintahan dan kediaman rasmi bagi pemerintah Mesir. Mohamed Ali merupakan komander tentera Empayar Ottoman berasal dari Albania telah memerintahkan pembinaannya dengan memerintahkan artisan daripada seluruh pelosok dunia untuk menghasilkan binaan indah ini. Bangunan ini pernah terbakar dan mengalami beberapa kali proses pembaikan termasuk pada ketika kami melawat kubu ini. Sehubungan itu, kami tidak dapat melihat keindahannya dengan lebih jelas. Namun dalam kelam debu yang meliputi bangunan itu, saya dapat rasakan yang bangunan tersebut mempunyai nilai seni bina yang tinggi. 

Bahagian atas Gawhara Palace

Bahagian bawah Gawhara Palace

2 ulasan:

  1. Menarik sangat travel log ni.. bertuahnye sampai ke sini :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sudi singgah ke sini, alhamdulillah ada rezeki dapat ke sini...

      Padam