Pages

Ahad, 5 April 2015

Amaryllis Merah Menyala

Dalam tiga tahun lepas, saya ada membeli beberapa bebawang amaryllis di Cameron Highlands. Bebawang itu sebahagian diberikan kepada ayah. Setelah menghampiri tiga tahun, amaryllis saya tak pernah berbunga. Cuma tahun lepas kudup bunganya ada keluar sebatang namun bunganya tak sempat kembang. Ayah punya pula sempat berbunga dua kali iaitu pada musim banjir tahun lepas dan juga pada minggu ini.



Cantik warna merahnya terserlah di sebalik.daun-daun keladi warna merah jambu. Tahun lepas bunganya kembang dari pasu yang ini juga. Rumpun bebawang yang dalam pasu yang lain masih belum berbunga. Warna merahnya lebih cantik menyerlah selepas hujan turun petang semalam.




posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ada, ayah saya letak baja yang orang panggil baja biji kopi untuk semua tanaman di rumah termasuk bunga ini.

      Padam