Pages

Selasa, 11 Ogos 2015

Bunga Ros Jepun Di Rumah Saya

Seminggu lamanya saya tinggalkan rumah di atas satu urusan kerja. Selama rumah ditinggalkan, anak-anak dijaga suami saya. Tanaman hiasan yang ada di laman rumah dan tanaman lain di laman belakang di rumah terpaksa ditinggalkan seketika. Mujurlah sepanjang minggu lalu kerap juga hujan turun di Putrajaya. Jadi, tidaklah mati kekeringan taman yang ada. Seminggu sebelum keluar bertugas, saya ada membaja tanaman yang ada di rumah. Jumaat lalu sempatlah menjenguk laman yang ditinggalkan. 



Gembira rasa hati melihatkan pokok-pokok ros jepun yang galak berbunga sejak beberapa kali dibaja. Kudup bunga yang kembang tak putus-putus keluar. Ada banyak warna rupanya pokok ros jepun saya. Bila dah banyak begini, perlu cari masa yang lapang sedikit untuk cambahkan lagi bunga ros jepun. 



Sebenarnya suami saya suka kalau banyak ros jepun ditanam beratur di sepanjang pinggiran lantai tempat letak kereta. Ada juga saya semai setompok dua. Namun, semaian habis dimakan siput. Yang disemai dalam pasu diletakkan di paras lantai pun juga habis di makan siput. Mujurlah ada beberapa batang yang sempat diselamatkan dan disemai di dalam pasu kecil. Pasu-pasu kecil diletakkan di atas para. 




Bunga kembang setiap pagi selepas kami bertolak ke pejabat. Balik pula bunganya dah kuncup. Jadi, hujung minggu sahajalah kecantikan bunga ros jepun dapat dinikmati.

6 ulasan:

  1. Cantik bunga ros jepun ni. Rasanya pagi di kembang petang dah tak kembang kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. petang dah layu, esok bunga yang sama dah tak kembang lagi..

      Padam
  2. Dapat lihat pada hari minggu pun dah ok. Sejuk mata tengok bunga-bunga macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejuk mata sampai rasa tatap berjam-jam hehehe

      Padam
  3. Salam Wanie,

    Cantik sungguh bunganya kan? Tapi kena siram selalu kan if not nnati layu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, kena siram setiap hai, sekali pun tak apa tapi kalau hujan tak perlu siram..

      Padam