Pages

Isnin, 5 Oktober 2015

Sawi Dah Dituai

Hari ni Cuma nak bagi tau yang sawi Ameer semai dan saya tanam di batas plot no. 2 belakang rumah dah selamat dituai. Asalnya nak tunggu tuai hujung ni tapi bila perasan ada satu pokok dah habis dimakan siput, maka Sabtu lepas saya tuai semuanya. Penuh secekak macam dijual di pasar tani. Lepas dituai, daun-daun dicuci bersih dari pasir dan dimasukkan ke dalam besar sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Malam semalam, sawinya masih segar dan terdengar kerangupannya semasa dipotong sebahagian tuaian sebagai ramuan mi goreng. Sebahagian lagi masih disimpan dalam peti sejuk. Sabtu lepas saya tuai hanya potong di pangkal sahaja dengan pisau yang tajam. Saya tak cabut akarnya tapi masih tinggalkan sebaris daun di bahagian pangkal dengan harapan pucuk baru akan tumbuh. Semalam saya baja dan siram seperti biasa. Tengoklah dalam sehari dua ini ada atau tidak pucuk baru.

Sawi berumur tiga minggu, dua minggu selepas disemai, seminggu selepas dipindahkan ke batas.

Sawi dalam anggaran dua bulan - minggu lepas

Sawi dituai bersama pucuk ubi kayu

3 ulasan:

  1. wah! sawi tuaian rumah memang sedap! apa yang dibuat dengan Pucuk ubi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. malar, pucuk ubi tu saya masak lemak cili paadi letak ikan talang masin atau celur sahaja makan dengan sambal belacan.

      Padam