Pages

Jumaat, 4 Disember 2015

Ke Pulau Payar, Langkawi, Kedah

Dah lebih sebulan tiada catatan dalam blog tak seberapa ini. Terlalu sibuk dengan pejabat. Sekarang barulah lapang sedikit kerja di pejabat. Jadi untuk hilangkan habuk, saya belanja beberapa gambar perjalanan saya dari Jeti Kilim ke Pulau Payar dua minggu lalu. Saya ke sana atas urusan kerja. Kalau bercuti, belum tentu dapat pergi. Jangan tanya berapa kosnya sebab saya ke sana dengan bot jabatan. Kalau rajin, boleh tanya Encik Google atau boleh juga ke website Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) untuk lebih maklumat berkaitan Pulau Payar. 


Ini kali kedua saya di atas urusan kerja menyusur muara Sungai Kilim hingga ke Kilim Geopark tapi kail pertama terus ke Pulau Payar. Pemandangan indah sepanjang perjalanan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata serta tidak setara apa yang digambarkan dengan gambar-gambar yang. Perjalanan kami dari Jeti Kilim ke Pulau Payar mengambil masa kira-kira sejam. Walau bagaimanapun, perjalanan akan mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja daripada Jeti Pelancongan Pekan Kuah. Ada juga Pegawai Taman Laut tunjukkan kami beberapa ekor ikan lumba-lumba yang melintas bot kami, tapi sayangnya saya dan kawan tidak dapat mengesan dek kerana bot terlalu laju.


  

Saya kagum melihat jajaran hutan bakau sepanjang pesisir Sungai Kilim. Cuaca yang elok dengan langit yang biru menambahkan keindahan landskap awan bak gula-gula kapas.




Sampai sahaja di Pulau Payar, tergamam saya melihat kejernihan air pantainya. Ikan-ikan nampak jelas berenang-renang di dasar air. Kalau tak kerana urusan kerja, pastinya saya dah terjun bersama kawan saya untuk bermain ikan. Kami pula hanya berdua bersama bos sahaja perempuan dalam kumpulan itu, tentulah malu nak berlebih-lebih.








Setelah hampir dua jam di sana, kami kembali semula ke Pulau Langkawi. Suatu hari nanti saya akan kembali semula bersama keluarga untuk menikmati keindahan alam di Pulau Payar.

Akhir sekali, terimalah gambar muara Sungai Chenang yang saya suka sangat. Terasa macam tengok gambar poskad (perasan pandai ambil gambar hehehe)



9 ulasan:

  1. Subahanallah.. cantiknya wanie..
    Airnya pun jernih..
    Akak suka mandi laut air jernih mcm ni..

    BalasPadam
  2. Cantik tempat ni. Sesuai untuk bercuti masa cuti sekolah anak-anak.

    BalasPadam
  3. Cantik tempat ni. Sesuai untuk bercuti masa cuti sekolah anak-anak.

    BalasPadam
  4. Jernih betul airnya. Dapat tengok ikan macam tu aje.

    BalasPadam
  5. Cantik tempatnya. Ikan pun banyak.

    BalasPadam
  6. Cantik tempatnya. Ikan pun banyak.

    BalasPadam
  7. cantiknya....dah lama tak ke pulau langkawi....

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...

    Cantiknya....jernih bebenor ayornya....

    BalasPadam
  9. wahhh... cantiknya.. jernih betul airnya... kat PD belum jumpa pntai cantik mcm tu..

    BalasPadam