Pages

Rabu, 16 Disember 2015

Ulam Raja Dari Semaian Pucuk

Saya memang dah lama teringin nak tanam pokok ulam raja tapi tak ada benih. Di rumah ayah saya memang banyak pokok ulam raja. Tapi setiap kali saya balik, tak ada pokok pun yang berbunga. Ayah saya suruh bawa balik sahaja anak ulam raja yang dah disemai. Dah menjadi sifat saya kalau boleh nak lihat pokok membesar hasil tangan saya, saya tak bawa balik pun. Itulah sombong sangat nak tanam sendiri konon hahaha. Kali terakhir balik kampung, saya cuma bawa balik benih bendi untuk di tanam di rumah. 

Saya fikir kalau susah sangat nak cari benih, kita tanam aja dari pucuk ulam raja macam yang saya buat dengan pokok-pokok selasih Thai saya. Tapi, pucuk ulam raja kalau dibeli dari pasar biasanya sudah layu dan sangat banyak pula beli dibeli seikat. Tak habis makan jadi membazir pula. Akhirnya, bagai bulan jatuh ke riba, kawan saya membawa beberapa beg plastik pucuk ulam raja segar ke pejabat. Saya pun ambil secekak untuk dibawa balik ke rumah dijadikan ulam makan malam. Ada satu yang batangnya agak keras saya cucukan ke batas belakang rumah yang kebetulannya baru disediakan untuk tanaman baru.

Pucuk ulam raja matang yang disemai terus berusia dua minggu selepas semaian mula keluarkan pucuk baru.
Menjelang minggu kedua, pucuk yang saya tanam sudah mula mengeluarkan pucuk baru. Alhamdulillah. Nampaknya sudah keluarkan hasil. 

Ulam raja selepas sebulan disemai menggunakan pucuk

Seminggu kemudian, pucuknya dah naik sekali ganda. Kelihatan juga putik bunga sudah keluar. Agaknya pokok induknya memang dah cukup matang, jadi tidak hairanlah pokok ulam raja sudah berbunga. 

Putik bunga ulam raja

Di kiri kanan batangnya juga kelihatan banyak pucuk-pucuk baru sudah muncul. Saya kira dalam seminggu dari waktu ini, mungkin saya dapat menuai beberapa pucuk ulam raja untuk dijadikan ulaman. 

Hasil tuaian semalam - kangkung, pucuk selasih Thai, pucuk ulam raja, serai, cili padi dan pucuk ubi kayu.
Semalam nampaknya pucuk-pucuk ulam raja yang ada cukup makan untuk kami berdua. Jadi, petang semalam kami jadi kambing untuk makan malam. Dapatlah menuai pucuk ubi kayu, selasih Thai, ulam raja, serai, cili padi hijau dan kangkung. Meriah juga sebab hari-hari hujan turun jadi tak perlu menyiram. Cuma kenalah rajin membaja sebab kena ganti balik hasil yang kita dah tuai kepada tanah. 

Pokok ulam raja berusia lima minggu selepas disemai dan telah dituai pucuk-pucuk yang tumbuh di sekitar batangnya.

Pokok ulam raja pun dah lebih sekaki tingginya. Bunganya pun sudah kembang dan nanti dapatlah saya mengutip benih setelah bunganya matang. Ulam dipetik petang semalam lupa pula keluarkan dari peti ais. Rugi betul. Pagi-pagi hari ini saya cucukan pucuk-pucuk ulam raja ke batas yang dah tersedia untuk tanaman baru supaya tak membazir layu dalam peti ais. Kalau dah banyak-banyak nanti mesti meriah kebun sejemput saya dengan bunga merah jambu dari pokok ulam raja. Dapat tengok sekuntum berbunga hari ini pun sudah cukup teruja saya dibuatnya. Alhamdulillah.

Bunga ulam raja warna merah jambu menawan hati.


4 ulasan:

  1. wahhh... tak tau pulak ulam raja boleh tanam guna pucuk...

    BalasPadam
  2. Pokok ulam raja di laman lama akak pun dari semaian pucuk juga.. bila dah berbunga nanti penuh satu laman kalau dibiarkan..

    BalasPadam
  3. Menjadi juga tanam guna pucuk ni yea. Saya biasa guna biji dia aje jika nak semai ulam raya.

    BalasPadam
  4. Chantekkkk!! Bermasa mco ni terhajat tanam dlm pasu meletak di beranda (dlm terpasu tidakkan pohon merebak meratalah terjadi hutanan di rumahlah!!), bolehlah cubaan sebilah pucuknya daripada seikatan yg dibeli sebagai ulam bersamalah nasi campuran tadi hehehe

    BalasPadam