Pages

Jumaat, 15 Januari 2016

Plot No. 3 Semakin Meriah

Minggu ini masuklah sebulan umur anak-anak pokok jagung saya di plot no. 3. Tingginya sekarang mencecah sekaki dengan daun hijau yang berkilat tanda pokok yang sihat. Hujung minggu lepas baru dibaja dengan baja kopi. Nampak cepat membesar. Minggu depan baru saya baja sekali lagi. Plot no. 3 sekarang nampak sudah penuh dengan daun-daun jagung yang makin besar.


Bendi juga rupanya sudah berbunga. Terlepas pula saya. Sedar-sedar tengah hari sudah muncul putik buah sulungnya. Rasanya pagi tadi baru terkilas nampak kelopak kuning pucat bunganya. Beberapa hari ni saya tidak menjenguk kebun sejemput kerana hujan turun setiap petang walaupun panas terik sepanjang hari. Mungkin bunganya kembang bila saya tak menjenguk. Nampaknya akan ada beberapa bunga menyusul.


Kangkung dan ulam raja pula bersedia untuk dipetik lagi dalam sehari dua lagi. Muak pula makan kangkung dan ulam raja setiap minggu. Tengah hari tadi saya ada petik secekak ulam raja untuk diberi kepada seorang rakan sepejabat. Katanya ulam raja kegemaran suaminya. Tapi terlupa pula hendak bawa ke pejabat. Nampaknya rezeki di lain hari pula. Biasanya kangkung akan digoreng dengan belacan. Mungkin kali ini saya akan cuba celur sahaja untuk di cicah sambal budu atau belacan untuk kelainan.


6 ulasan:

  1. Memang meriah bila dapat hasil macam ni. Dah makin membesar.

    BalasPadam
  2. Sedap tu makan kangkung celur. Buat ulam memang terbaik.

    BalasPadam
  3. Ulam raja makan dengan sambal atau jika peminat budu boleh buat ulam tu ;-)

    BalasPadam
  4. seronoknyer ade tanah luas unjtuk bercucuk tanam... duduk apartment terpaksa tgk kesesuaian pokok yg nak ditanam..hihi

    BalasPadam
  5. Dah besar dah jagungnya...tunggu berbunga pula...

    BalasPadam