Pages

Jumaat, 24 Januari 2014

Menyelusuri Zaman Silam di... Time Tunnel, Cameron Highlands

Antara tempat yang saya suka berkunjung setiapkali berada di Cameron Highlands adalah sebuah muzium tempatan yang diberi nama Time Tunnel. Muzium kecil ini dibuka hasil usaha seorang penduduk tempatan yang gemar menyimpan khazanah lama yang mempunayi nilai aestetik dan vintaj. Pelbagai barang lama dipamerkan di sini. Pengunjung boelh melihat pameran ini dengan bayaran masuk sebanyak RM 5 untuk seorang dewasa.

Ruang pameran dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut tema. Ruang awal kebanyakkannya menempatkan latar belakang dan sejarah pembukaan Cameron Highlands oleh peneroka British. Di bahagian lain pula menempatkan bahan-bahan pameran dengan setting rumah orang Cina di Tanah Melayu, kedai gunting, kedai kopi dan pelbagai bentuk aturan menarik yang lain. Suasana dalaman denga lampu yang agak kelam sedikit sebanyak menghidupkan suasana. Di sini saya ada sertakan sedikit gambar buat tinjau-tinjauan. Kalau mahu melihat lebih banyak, jangan luap ke sini apabila ke Cameron Highlands. Kunjungan ke sini secara tidak langsung mengimbau kenangan  apabila terlihatkan beberapa barangan yang ada ketika masih kanak-kanak.










2 ulasan:

  1. Salam Wanie,

    Wah bestnya malihatkan brg2 lama yg dipamerkan tu - menggamit nostalgia! Di Cameron kat mana ya muzium ni?? Insya-Allah bila ke sana boleh Mak Aji jenguk juga ya! Mak Aji pun suka simpan barang lama ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam... kalau kena gayanya memang cantik dibuat dekorasi rumah...suami sy memang suka ke sini setiap kali ke CH.. nanti mak aji bolehla ke sana mengimbau memori

      Padam