Pages

Jumaat, 11 April 2014

Pasar Karat @ Memory Lane, Ipoh

Minggu lalu saya telah berkesempatan ke Ipoh mengekori suami atas urusan rutinnya. Biasanya saya enggan mengikut bersama kerana saya lebih senang menghabiskan hujung minggu di rumah. Namun, sesekali mengikut bersama berkelana ke tempat orang tiada salahnya. Jauh berjalan, luas pemandangan, meningkat pengetahuan (yang bahagian hujung itu sengaja saya tambah). Alang-alang berjalan, takkanlah sekadar duduk menghabiskan masa di bilik penginapan. Maka pada pagi Ahad itu, kami sekeluarga ke Pasar Karat Ipoh yang juga dikenali sebagai Memory Lane.

Pasar Karat ini merupakan tempat di mana pelbagai barang-barang antik dijual. Selain barang-barang antik dan vintaj dijual di sini, ada juga dijual pakaian dan kasut terpakai serta pelbagai pakaian-pakaian dan aksesori serta lain-lain barangan yang tidak dijual di pasaran mainstream. Walau bagaimanapun, saya ada juga terlihat barang-barang yang benar-benar sudah lusuh dijual di sini. Tak pasti pula masih adakah orang sudi membeli barangan yang sudah rosak dan rasanya begitu rendah nilai keantikannya. Pasar ini dibuka setiap hari Ahad sehingga jam 12.00 tengah hari. Pasar in terletak di Jalan Lim Bo Seng iaitu terletak di bahagian belakang pasar raya The Store.

Tidak banyak gambar dapat saya ambil sepanjang kunjungan saya. Anak-anak sudah mulai meragam kerana letih menapak. Banyak juga barangan yang menarik perhatian saya terutamanya barangan tembaga, pinggan seramik lama serta buku-buku lama. Kalau emak dan ayah saya turut serta mungkin ada barangan yang dibawa pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan