Pages

Khamis, 10 April 2014

Tertekan?!

“Stress is when you wake up screaming and you realize you haven't fallen asleep yet”

Dari google
Semalam saya berkesempatan menonton siaran ulangan Brain Games di saluran National Geographic. Rancangan ini memaparkan pelbagai ujian ke atas manusia bagi menunjukkan keupayaan otak manusia dan juga mengenal potensi sebenar otak manusia. Ujian yang dijalankan boleh disertai oleh penonton di rumah. Penyampaian pengisian dalam rancangan ini juga santai. Rancangan ini boleh ditonton setiap jam 10 malam hari Rabu.
Dalam siri yang saya tonton itu, seorang peserta telah diminta untuk menyelesaikan satu set mainan teka-teki dengan seorang lelaki akan berdiri di sebelahnya sepanjang ujian tersebut. Lelaki tersebut akan mengucapkan kata-kata semangat atau sebaliknya sepanjang usaha peserta menyelesaikan mainan teka-teki tersebut dalam masa yang sangat singkat.
Hasil daripada ujian tersebut, didapati bahawa peserta yang diiringi dengan kata-kata semangat menunjukkan hasil ujian yang lebih manakala sebaliknya bagi peserta yang dikecam sepanjang ujian tersebut. Tujuan utama ujian tersebut adalah untuk menunjukkan bagaimana reaksi seseorang dalam menangani tekanan.
Pagi ini pula, saya telah dihidangkan dengan satu poster mengenai faktor tekanan perasaan yang dialami oleh wanita di Malaysia. Kajian menunjukkan wanita di Malaysia menduduki tempat  ke 16 dalam senarai paling tertekan di dunia! Antara faktor-faktor penyebab tekanan adalah bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan, terlalu serius untuk pelajaran anak,  menggalas tanggungjawab menjaga keluarga, terlalu dikongkong keluarga, berhenti kerja untuk menjadi suri rumah, terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan dan mengambil serius terhadap pandangan orang lain.
Saya melihat ada benarnya faktor-faktor yang dinyatakan dalam kajian tersebut. Namun begitu, pada pandangan saya pilihan untuk melihat perkara tersebut daripada sudut positif atau negatif adalah pilihan kita sendiri. Contohnya pagi tadi saya terlewat satu minit ke pejabat mengakibatkan kad perakam waktu saya mencatatkan catatan merah. Saya akui saya sedikit bimbang akan dileteri oleh ketua hujung bulan nanti walaupun kelewatan itu tidak disengajakan akibat kemalangan. Saya memilih untuk terus positif pada hari ini kerana tidak perlu saya bekerja bukan sekadar untuk dipandang sempurna oleh ketua dan seterusnya diberi penghargaan. Saya percaya penghargaan itu datang seiring dengan kualiti kerja yang kita laksanakan yang hanya dapat dicapai dengan iltizam dan komitmen.
Pulang ke rumah nanti, kerja-kerja rumah juga perlu diberi perhatian. Anak-anak lebihlah perlukan perhatian. Jika saya meletakkan standard terlalu tinggi dalam menguruskan hal rumah tangga, kelak diri sendiri yang kecewa kerana rumah tangga tetap bersepah walaupun telah dikemas berulang kali. Biarlah anak-anak gembira bermain. Sampai masa anak dewasa rumah pasti tersusun kemas.
Jadi, kesimpulannya, pedulikanlah kata-kata negatif orang lain terhadap kita. Jadikan itu sebagai cabaran kerana Allah berikan kita sedikit tekanan supaya kita “upgrade” kematangan kita dan kerana Allah tahu kita berupaya menanganinya.

4 ulasan:

  1. sangat betul...nak semuanya perfect memang tertekan...jadi let it be...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. meletakkan standard terlalu tinggi menambahkan tekanan je kan hehehe

      Padam
  2. Ya...betul tu....kita buat kerja kerana Allah dan yang penting bagi kepuasan diri kita...dahulu saya buat kerja terselit juga kerana arahan dan tempoh masa yang diberikan....agak stress juga....sekarang saya jadikan kerja yang perlu dilaksanakan sebagai cas positif supaya hasilnya dapat menenangkan minda...kalau tak siap sambung esok pula...jangan bawa balik rumah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. dengan kesempurnaan kerja yang hadir dengan kesungguhan kerja kemudian baru datang penghargaan dari orang.. yang penting sentiasa positif dengan ujian yang datang

      Padam