Pages

Jumaat, 20 Mac 2015

Dahan-Dahan Baru Pokok Kari

Gambar pada 14 Mac 2015, iaitu enam hari lalu
Minggu lepas pucuk baru daun kari baru muncul. Beberapa hari kemudian banyak betul daunnya keluar. Tak sia-sia cantas habis dahan pokok kari yang sakit teruk.

Seminggu selepas dicantas

Setelah beberapa hari tak menjenguk pokok kari kat dalam pasu belakang dapur hari ni ambil masa sedikit waktu tengah hari untuk jenguk pokok kari. Terkejut saya tengok subur betul daun-daun kari bari. Elok saja daunnya. Dahannya setakat ini ada tiga. Meriah jugalah kiranya sebab sebelum ini mulanya sebatang sahaja. Lepas dicantas sekali menjadi dua batang. Sekarang dahannya dan ada tiga. Lepas ni dah berani nak kerap cantas supaya dahannya lebih banyak. Meriahlah daun kari lepas ni.

Layu sikit sebab tengahari buta
posted from Bloggeroid

8 ulasan:

  1. Salam ukhuwah,

    seronok tengok pokok kari tu hidup subur.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ukhuwah juga, memang betul-betul mengujakan!

      Padam
  2. saya pun ada pokok daun kari jugak :-)

    BalasPadam
  3. Salam,


    Whoa tahniah! Pokok kari memang cepat bertunas... Tapi kena hati-hati dengan anak-anak kumbang putih tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, kumbang putih tulah penyebab utama pokok kari ni di cantas hehehe

      Padam
  4. pokok kari ni ulat suke,kalo dpt hbis dikerjakan.sy pun ada tanam pokok kari,sy suke simpan kering dlm botol,sbb kadang2 nk masak mls nk g kluar ambik hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow menarik juga idea buat daun kari kering, macam English herb, ada yang kering macam rosemary dll..

      Padam