Pages

Khamis, 5 Mac 2015

Happiness is when..your tomato is turning red

Rasanya dah lama sangat tak tuliskan catatan berkenaan tanaman di rumah. Sebenarnya ada banyak nak di kongsi tapi tiap kali nak ambil gambar tanaman, hari dah hampir gelap ataupun masa tak cukup sesuai nak ambil gambar. Contohnya, waktu nak ambil gambar ada laki jiran keluar rumah. Malulah nak terkonteng-konteng kat pasu pokok. Ataupun masa tulah anak laju je berlari ke tengah jalan nak main bola. Sudahnya gambar yang diambil kabur. Nak tunjuk apa pun tak nampak dah.


Akhirnya petang semalam dapat ambil gambar buah tomato yang sedang bertukar merah. Baru sebiji. Adalah lima enam biji lagi sedang membesar. Bunga-bunga pun banyak keluar. Saya jentik-jentik manja sikit untuk galakkan pendebungaan. Sebaiknya buang pucuk-pucuk baru yang tumbuh di ketiak daun-daun supaya makanan tertumpu pada pertumbuhan buah, tapi malas dan tak ada masa yang cukup.


Cuma saya pelik, setiap kali tanam tomato bulat mesti tumbuh buah yang memanjang. Pernah sekali sahaja dapat pokok yang mengeluarkan buah yang bulat elok dan cantik. Di peringkat ini pokok perlu kerap disiram tetapi tidak terlalu banyak. Kalau kurang air kulit buah akan keras, kalau terlebih air pula nanti buahnya pecah. Minggu lepas saya ada letakkan baja dengan harapan buah yang dihasilkan manis bersari, elok merah cantiknya.


6 ulasan:

  1. salams wani, bestnya ....puas makan tanam sendiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. puas sangat hati walaupun hasilnya tak seberapa..

      Padam
  2. Balasan
    1. insyaAllah dalam seminggu lagi saya petik sebab nak bagi betul-betul ranum hehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. Saya pun happy kalau tengok tanaman orang menjadi..teruja rasa.

      Padam