Pages

Jumaat, 6 Mac 2015

Kontras Bunga Kertas

Pagi Jumaat yang indah ni saya nak kongsi gambar dua jenis bunga kertas yang ada di rumah saya. Bunga kertas memang ada dua pasu sahaja di rumah. Satu warna merah jambu terang (hot pink) dan satu lagi warna bunganya putih. Walaupun bunga kertas sangat senang dijaga, dek kerana kurang beri perhatian menyebabkan pokok bunga kertas saya jarang berbunga. 

Bunga kertas putih

Sejak anak yang ketiga semakin besar, saya kini ada lebih banyak masa untuk tanaman. Lebih masa tu maksudnya dulu pokok jarang disiram, sekarang hari-hari disiram. Selang seminggu dapatlah membuang rumput rumpai yang bermaharajalela dalam pasu. Saya racik daun dan batang bunga kantan untuk dijadikan sungkupan pasu. Nampaknya kurang sikit rumpai tumbuh dan kuranglah kerja mengemas pasu. Cuma kadangkala daun pokok perlu dicantas dan dibuang daun-daun yang hampir kering.

Bunga kertas hot pink

Tanggungjawab menjaga tanaman hiasan dalam pasu ni perlu komitmen. Kalau dibuat hangat-hangat taik ayam je memang nampak semak. Segan juga tengok laman rumah sendiri dengan pasu-pasu bunga penuh dengan rumpai. Pokok-pokok bunga tak berbunga pun buat laman jadi tak menarik. Kurang seri kalau hijau sahaja. Banyak pulak membebel hari ni. Oklah, lepas ni kena rajin sikit membelai pokok-pokok, barulah sedap mata memandang.

2 ulasan:

  1. Salam Wanie,

    Kalau bunga kertas ni berbunga penuh satu pokok cantik kan? I was thinking nak buat trellis lah untuk bunga kertas I tapi masih belum ada masa. (Sebenarnya malas hihi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Honey,

      Memang cantik, dulu rumah nenek saya ada pokok bunga kertas yang tinggi memanjat sehingga ke bunbung porch, bila berbunga merah menyala satu pokok macam musim bunga di luar negara..cantik sungguh.

      Padam