adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 30 Mei 2013

Resepi Berpantang : Ikan Haruan Bakar



Setelah hampir tiga minggu bersalin, semalam barulah saya dapat merasa ikan haruan. Bukannya tak gemar, tapi terlupa mendapatkannya untuk membantu penyembuhan luka. Maklumlah, biasanya emak yang carikan dan masakkan. Bila emak sebut pasal ikan haruan barulah teringat minta suami carikan. Suami saya beli ikan haruan ini di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan. Jauh juga dari Putrajaya. Terlupa pula di Alamanda belakang rumah pun ada dijual. Semalam saya bakar ikan haruan ini ikut cara yang saya suka macam ni...

Bahan-bahan :
Sekeping halia
Setengah inci kunyit hidup
Garam
Kicap manis
Bawang kecil dimayang halus
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Ikan haruan
Asam jawa / asam keping / asam limau

Cara memasak:
Cuci ikan haruan dengan air asam sehingga hilang lendir dan bersihkan dengan air. Toskan ikan yang telah dicuci dan kelar sedikit jika perlu. Tumbuk halia, kunyit dan garam sehingga lumat dan lumurkan pada ikan. Bakar ikan dengan api sederhana sehingga masak. Lebih harum jika dibungkus dengan daun kunyit sewaktu membakar. Setelah masak, hidangkan dengan kicap manis yang diperasakan dengan bawang kecil dan lada hitam.

Bagi yang berpantang, janganlah pula gatal nak pedaskan lagi dengan cili padi pula. Makanan terlalu pedas mungkin menyebabkan ketidakselesaan bagi badan yang sedang dalam proses pemulihan selepas bersalin. Tambahan pula cili dikatakan boleh menyebabkan angin. Tak pasti pula sejauh mana kesannya kepada badan kita.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah bersalin melalui pembedahan, eloklah kurangkan pengambilan lada hitam dalam masakan. Ia akan sedikit sebanyak mengganggu pemulihan badan selepas pembedahan. Demam jadinya. Berpada-padalah ya bila berpantang ni...
posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Salam kenal dari K.Sham.
    Sejuk hati singgah di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa alaikumnussalam k.sham. terima kasih sudi bertandang. harapnya ramaila dpt manfaat dr blog sy ni..

      Padam
  2. thanks for the information. my mom baru operation today and she asking me to cook ikan haruan.. seriously tak kenal pun rupa ikan haruan mcm mana, but i will try :) and akan masak cara simple lagi menyelerakan ni.. terima kasih sgt2

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...