Seringkali anak-anak tak reti duduk diam waima di rumah orang sekalipun. Terkadang anak-anak dilihat mengusik tetamu yang hadir, berlari-lari tanpa arah tuju atau mundar-mandir tidak keruan. Atau mungkin juga sering menganggu ibu yang sibuk dengan kerja rumah mendambakan perhatian.
Menurut Dr, Rubiah, ini tanda-tanda anak yang kebosanan.
Bagi mengajar anak supaya duduk diam, Dr. Rubiah mencadangkan agar ibu belikan sesuatu yang menjadi minat anak contohnya pensel warna. Belikan pensel warna dan biarkan anak mengepresikan dirinya dengan penuh kreatif. Biarlah dinding diconteng, biarlah lukisan diwarnakan luar dari garisan. Atau belikan saja “jigsaw puzzle” atau blok binaan kecil. Biarkan anak menjadi kreatif dan meneroka dunianya. Jangan direntap perasan ingin tahunya. Anak yang dimatikan jiwa penerokaannya akan mematikan kreativitinya.
Karya abstrak di atas adalah hasil kreativiti Ameer. Katanya itu gambar lukisan permainan keretapi kegemarannya, Thomas and Friends sedang “parking”. Tersenyum simpul ibu. Mungkin itu gambaran keserabutan kepala sang keretapi dan rakan-rakanya mencari petak parkir yang masih kosong, atau mungkin juga gambaran laluan keretapi-keretapi mencari ruang parkir. Beribu kemungkinan boleh difikirkan. Anak menzahirkan kreativitinya mengikut realiti pada pandangan mata kecilnya.
Kalau diikutkan kreativiti anak-anak, seluruh lantai rumah penuh dengan lukisan abstrak. Mujurlah babahnya membelikan krayon yang mudah dicuci jenama Pelican. Mudah saja, lap sahaja dengan sehelai kain lembap, sental sedikit, hilanglah jejak karya. Walau diberi kertas besar, garis-garis naΓ―f tetap terbabas keluar.
Begitulah luasnya kreativiti anak kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan