adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 7 Januari 2014

Lawatan Singkat Ke Perth, Western Australia

Penghujung tahun 2013 telah diakhiri dengan perjalanan yang begitu mengujakan saya. Saya telah ke Perth, Western Australia atas urusan kerja. Lawatannya agak singkat. Hanya tiga hari termasuk dua hari perjalanan pergi dan balik. Sebahagian besar hari pertama saya dihabiskan di dalam kapal terbang. Setibanya di sana, hari telah petang. Cuaca agak panas memandangkan kini musim panas. Suasana agak silau dan digalakkan memakai kacamata hitam.




Selepas daftar masuk di hotel penginapan dan menyegarkan badan, kami dibawa makan malam di Kaili’s Freamantle Seafood CafĂ© yang terkenal dengan makanan laut. Fremantle adalah sebuah pekan pelabuhan yang terletak di muara Swan River. Di kawasan ini ada terbanyak banyak pilihan kafe yang menyediakan hidangan makanan laut yang segar. Pilihan makanan laut segar tangkapan nelayan laut juga boleh diperolehi di sini. Pemandangan cantik di sini dengan burung camar laut berterbangan. Menjelang malam, suhu menjadi sangat sejuk hingga ke tulang. Sewaktu di sana, ramai juga rakyat Malaysia sedang menjamu selera. Di sini juga terletak Fremantle Market yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad. Di pasar ini banyak dijual produk hasilan tempatan dan cenderhati yang dijual dengan harga yang murah. Walau bagaimanapun, saya tidak berkesempatan ke pasar tersebut.  Mungkin dalam lawatan akan datang saya akan ke sana.



Hari kedua saya dipenuhi dengan lawatan dan mesyuarat rasmi sehingga hampir terlepas makan tengahari. Lewat petang barulah dapat berjalan-jalan di sekitar bandar. Memandangkan warga Australia kini telahpun mula bercuti sempena Krismas, maka banyak kedai telah ditutup. Kalau ada yang masih beroperasi pun hanya sehingga jam 6 hingga 7 malam sahaja. Sempatlah membeli beberapa cenderhati untuk orang-orang yang ditinggalkan. Masa terlalu singkat sampaikan nak tengok kangaroo dan koala pun tak sempat. Tengok di rak kedai ajelah. Sempatlah juga saya mengambil gambar beberapa bangunan menarik di sekitar. 





Dah penat meronda, singgah minum jus buah organik berjenama Spring Valley di sebuah kiosk. Di penutupnya ada dicetak fakta menarik yang dinamakan liddle fact. Kalau dikumpul kesemua penutup botolnya tentu dapat menjadi memorabilia berharga.


Malam itu, saya dan rakan-rakan sekerja makan malam di rumah seorang sahabat yang bertugas di Perth. Sudah hampir tiga tahun dia sekeluarga menetap di sana. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan kami sekeluarga atas layanan yang baik dan hidangan Nasi Ayam yang sedap. Dalam perjalanan ke rumahnya di Ardross di pinggir bandar Perth, kami dapat melihat pemandangan malam Swan River yang cantik. Walau bagaimanapun saya tidak sempat mengambil gambar kerana sibuk melihat pemandangan selain suasana agak kelam kabut dek tersesat jalan ke rumah kawan. Maklumlah, rakan kami dari Malaysia yang memandu ke sana. Rakyat Malaysia boleh memandu dengan menggunakan lesen Malaysia di sana. Walau bagaimanapun hati-hati ketika memandu kerana AES berada di mana-mana sahaja. Had laju pemanduan adalah sekitar 40 hingga 60 km sejam. Perjalanan pulang pula kami melalui King’s Park. Pemandangan malam Central Business District juga cantik. Rugi pula rasanya tidak mengambil gambar. Kali ini sebab terlalu mengantuk. Banyak betul kerugian.

Central Business District (CBD) dari King's Park - Gambar dari Wikipedia

Esoknya adalah hari kepulangan kembali ke Malaysia. Selepas daftar keluar dari hotel, kami dibawa ke Harbour Town sebelum bertolak ke Perth International Terminal. Harbour Town adalah factory outlet bagi jenama-jenama terkenal Australia. Mujur dua jam sahaja masa diperuntukkan. Kalau tidak, mahu habis gaji sebulan. Jualan murah sempena Krismas dan penghabisan stok akhir tahun. Berbaloi-baloi. Kalau membeli-belah di Boxing Day lagilah habis duit. Banyak juga blouse saya beli untuk diri sendiri. Baju anak-anak sudah diborong di pasaraya Target berhampiran hotel penginapan. Kebetulan Target dibuka pukul 8 pagi kerana esoknya 25 Disember. Jadi, awal pagi sebelum daftar keluar saya dah keluar meronda-ronda.

Memang seronok dapat ke luar negara sesekali. Lebih seronok kalau pergi bercuti bukan untuk bekerja. Keseronokan lebih berganda jika pergi bersama-sama suami dan anak-anak. Sementara pesawat mendaki naik ke udara, sempatlah saya mabil beberapa gambar kawasan Western Australia dari udara bagi bahagian yang menghadap Lautan Hindi.



4 ulasan:

  1. Salam wanie,

    Dah gi sekali boleh gi lagi dgn keluarga pulak! AirAsia selalu promo destinadi Perth!

    BalasPadam
  2. bestnye dpt ke perth walau atas urusan kerja..cantik2 picnyer..

    BalasPadam
  3. salam, very beautiful scenery and pics. Smoge kami pun kesana juga satu hari nanti..

    BalasPadam
  4. Terima kasih diatas maklumat yg anda berikan.

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...