Saya memang dari kecil suka bercucuk tanam. Masa dulu-dulu selalu menyibuk acah-acah menolong di kebun sayur ayah. Saya juga menjaga “kebajikan” pokok bunga mak saya masa kami sekeluarga tinggal di kuarters. Bila dah meningkat remaja, saya pula bercucuk tanam di sekeliling rumah. Bila usia dah menjengah dewasa, berkahwin dan punya anak-anak kecil, saya sudah jarang berkebun. Berkebun pun cuma bermusim. Akhirnya pada pertengahan tahun ini , saya mula bercucuk tanam semula dan insyaAllah kali ini berpanjangan. Berkat kesungguhan saya, saya sudah beberapa kali menuai hasil dari kebun sejemput saya walau tidak seberapa.
Kebun Sejemput - Mei 2015 |
Kebun Sejemput - September 2015 |
Tengah hari tadi, saya membelek-belek gambar simpanan saya dan terjumpa beberapa gambar kebun sejemput saya yang tanpa sedar ada gambar bagi hampir setiap bulan. Bagi saya yang hampir setiap hari menjenguk kebun, tak terasa besar mana pun perkembangannya. Bila dilihat kembali gambar-gambar yang ada untuk tempoh enam bulan ini, rupanya banyak juga perubahan dan berlaku pada kebun saya ini. Ini saya kongsi gambar-gambar kebun sejemput saya sejak mula aktif berkebun semula.
Kebun Sejemput - Oktober 2015 |
Antara kekangan utama saya berkebun selain faktor masa adalah keadaan tanah. Sejak dulu, perkara yang menjerihkan saya adalah untuk mengeluarkan batu-batu pelbagai saiz dari tanah. Jenuh saya mengeluarkan batu-batu tiap kali tanah dicangkul. Kali ini, saya tabah mengutip batu-batu yang terkena cangkul dan semakin lama, Alhamdulillah batu semakin kurang dan kerja menyediakan batas makin senang.
Kebun Sejemput - Disember 2015 |
Lalang dan rumpai lain juga banyak yang tumbuh. Tapi nampaknya tanah kurang subur untuk tanam menyebabkan saya perlu membaja dengan kerap sewaktu mula-mula berkebun. Sejak saya mula berkebun, saya tidak lagi mengupah orang untuk memotong rumput. Kerja merumput saya buat sendiri dan biarkan rumput-rumput mereput di laman. Nampaknya sejak saya biarkan rumput mereput di atas tanah, tanah makin subur. Dulu tanah keras, warnanya cerah dan cepat kering. Secara amnya, tanah subur lebih gelap warnanya.
Kebun Sejemput - Disember 2015 |
Setelah beberapa bulan berlalu, warna tanah semakin gelap dan sentiasa lembap. Cacing juga lebih senang kelihatan bila tanah digemburkan. Bila kawasan berbatas semakin luas, nampaknya kerja merumput juga semakin kurang. Rumput dan lalang yang dipotong sekarang dijadikan sungkupan kepada batas saya.
Walau pun tak banyak lagi jenis tanaman yang ada di kebun sejemput saya, ini sudah cukup membuatkan saya bangga dengan diri saya. Saya harap semangat yang ada sekarang terus konsisten. Saya sentiasa punya impian untuk tambahkan pelbagai tanaman berwarna-warni ni kebun ini. InsyaAllah.
Kebun Sejemput - Disember 2015 |
Salam,
BalasPadamKak pun dulu teruk juga nak tanam pokok sebab batu batuan banyak. Terpaksa korek dan beli tanah baru...
Assalamualaikum...
BalasPadamTak apa...tanam sikit2...hari2 sejemput lama-lama akan berjemput2 juga...(hehehe)
Wah, terinsprirasi dan dpt byk info dari entry2 awak ttg berkebun..
BalasPadamselamat berkenalan..
tggu bajet nak bercucuk tanam di tanah, ;)
amasya
BalasPadambalıkesir
muş
zonguldak
aydın
WOİARM