Isnin lepas suami saya ada membawa pulang sebungkus pucuk ubi kayu dan sebungkus kecil cili padi putih hasil pemberian rakan sepejabatnya. Rakannya bercucuk tanam di rumah. Suami saya minta supaya saya masak Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak Cili Padi. Memandangkan daun kunyit di rumah saya sudah mulai menguning, jadi saya memutuskan untuk menggali kunyit saya sebelum kesemua daunnya kering.
Daun kunyit yang mula menunjukkan tanda-tanda adalah tanda umbinya sudah sedia untuk dituai. Kalau dibiarkan kekeringan terus, umbinya akan mulai lembik dan mula menjadi dorman sehinggalah ia sedia untuk mengeluarkan daun baharu. Apabila daun baharu keluar, umbi yang ada masih muda iaitu berwarna kuning pucat dan sangat kecil.
Setelah digali kesemua kunyit dalam pasu in, saya dapat menuai hampir 800 gram kunyit segar. Sedikit saya telah ambil dan ditumbuk halus untuk menggoreng ikan dan sebahagian kecil lagi digunakan sebagai bahan masakan Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak Cili Padi. Macam tak luak langsung kunyit yang.
Hajatnya ingin dibawa ke pejabat untuk diberi kepada sesiapa yang sudi. Tapi saya tidak ke pejabat semalam kerana menghadiri seminar sementara suami agak sibuk. Mungkin hujung minggu ini saya akan hiris kesemuanya dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk kunyit. Buat sementara ini kesemuanya dianginkan di dapur agar kering. Jika kunyit segar disimpan dalam keadaan lembap, kunyit akan menjadi lembik dan busuk.
Sumber http://www.mindbodyinspired.net/the-many-benefits-of-curcumin-turmeric/ |
Pagi tadi saya mencuba buat pertama kali Jamu Kunyit Asam yang menggunakan kunyit segar sebagai ramuan. Rasanya sedap juga dan boleh dijadikan minuman kegemaran selepas ini. Jamu ini diamalkan oleh kaum wanita Indonesia terutamanya di Bali. Cuma mungkin perlu ambil dalam jumlah yang tidak keterlaluan agar tidak mendatangkan kesan sampingan pula. Rupa-rupanya kunyit ini mempunyai pelbagai khasiat terutama kepada kesihatan kesuburan wanita, pengawalan berat badan dan juga awet muda. Lepas ini bolehlah jadikan kunyit segar sebagai ramuan dalam smoothie buah-buahan.
Menyinggah sebentar....Kunyit....saya suka boh serbuk kunyit banyak2 dalam ikan....sebelum goreng....lagi sedap dan warna menarik....
BalasPadamWah..memang sedap masak lemak cili padi pucuk ubi. Memang beruntung jika berbudi kepada tanah.
BalasPadamCantik kunyit hidup yang masih segar ni. Banyak kegunaan kunyit ni.
BalasPadamgood harvest! you can freeze fresh kunyit tu! just take out 1 or 2 biji bila nak masak
BalasPadam