adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 25 Ogos 2015

Plot 2 - Perkembangan Semaian Labu, Selasih Thai dan Cili Padi

Setakat ini saya ada tiga plot tanaman. Plot pertama adalah di hadapan rumah yang ada pokok pandan, pokok kari, kantan, betik, kacang botor dan telah. Nanti bila plot ini dah kemas sedikit saya akan kongsi bagaimana rupanya sekarang. Plot bahagian depan ini saya sedang kemaskan supaya tidak semak sangat kerana jika terlalu semak nampak tidak kemas bahagian depan rumah selain menyukarkan pekerja utiliti yang datang ke rumah untuk semak meter elektrik dan meter bekalan air. Lagipun di kawasan yang kecil ini ada juga paip-paip utiliti masuk ke rumah jadi kerja mencangkul agak terbatas.

Di bahagian belakang rumah agak luas. Sangat luas sebenarnya. Ada jiran-jiran yang menanam mangga, pisang dan pelbagai tanaman. Setakat ini, saya cuma tanam serai dua rumpun (asalnya empat), tiga pokok ubi kayu, nanas serumpun, jagung yang saya tunjukkan semalam, kantan yang baru disemai, beberapa selasih Thai, cili padi, timun tua dan juga labu.


Hari ini saya nak tunjukkan plot yang ada labu, cili padi dan selasih Thai. Asalnya saya cuma tanam tiga pokok selasih Thai dan dua pokok anak benih cili padi yang dipindahkan dari pasu semaian. Tak sangka pula kompos yang medium semaian ada benih labu di dalamnya. Jadi, beberapa hari selepas cili padi dialihkan, muncullah anak benih labu yang sihat sangat rupanya. Batangnya kukuh dan daunnya pula cantik. Ada dua anak benih yang muncul tapi yang kedua sedikit kecil. Saya putuskan untuk biarkan saja benih itu tumbuh. Memang rezeki saya.


Plot ini masih ada ruang kosong dan saya bercadang untuk alihkan benih tomato yang sedang disemai dan akan semai terus zinnia. Plot ini akan jadi plot untuk tanaman yang menghasilkan buah. Selasih ditanam sebagai menghalau serangga perosak dan bunganya diharapkan dapat menarik serangga yang menggalakkan pendebungaan seperti mana zinnia. Cuma kalau dapat bunga tahi ayam atau marigold lagi bagus untuk elakkan serangga perosak.


Hujung minggu lepas saya telah letakkan baja dan nampaknya dalam sehari dua ini cuaca agak elok dengan matahari terang dan hujan turun lewat petang. Kelmarin juga saya ada meletakkan sungkupan daun serai dan tanah kelihatan dapat menampung kelembapan walaupun panas terik. Sebelum ini tanah memang sangat kering menjelang tengah hari kerana tidak ada sungkupan. Sekarang masih berkira-kira mencari ruang masa untuk mengalih semaian tomato dan menyemai zinnia ke plot ini.


Buat masa sekarang cili padi yang dua pokok ini telah berbunga dan nampaknya putik buah juga dah kelihatan walaupun saya rasa agak awal. Mungkin pada peringkat awal ia dipindahkan kurang air siraman dan pokok sudah tertekan. Saya akan pindahkan beberapa lagi pokok cili padi dalam semaian dalam tempoh terdekat. Harap-harap pokok yang dah berbuah panjang jangka hayatnya.

  

8 ulasan:

  1. Wah dah berbunga cili padi tu wani..
    Tak lama boleh menuai hasilnya..

    Akak follow wanie #114.. jemputlah ke blog akak ye..

    BalasPadam
  2. Wah..macam-macam ada tanaman akak. Mesti seronok kan.

    BalasPadam
  3. Wah..macam-macam ada tanaman akak. Mesti seronok kan.

    BalasPadam
  4. Dah mula ada bunga lada tu. Insyallah nanti boleh makan hasil.

    BalasPadam
  5. Perkara paling seronok bila tanam sayur masa dia nak keluarkan hasil. Ada bunga keluar. Tak sabar hari-hari tengok bila ada masa.

    BalasPadam
  6. teruja nak tunggu labu tu la wani...sbb kami tak penah dpt merasa labu dari laman sendiri, cuma merasa pucuk ja...

    BalasPadam
  7. Tak sabar nak tengok saiz buah cili padi tu dan bentuk apa...

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...