adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 17 September 2015

Rimbunan Pandan Depan Rumah

Sebelum ni dah banyak kali saya tanam pokok pandan. Rasanya dekat tujuh kali dan semuanya mati. Rasa macam pembunuh pandan bersiri pun ada. Akhirnya pada kali kelapan pokok pandan saya hidup subur bertahun lamanya. Pokok pandan ni dah membesar subur sejak akhir tahun 2012. Maksudnya dah hampir tiga tahun pokok pandan ini berjasa. Saya memang jenis bukan orang yang membuat kuih muih. Jadi daun pandan ini saya guna bila nak masak nasi lemak, nasi ayam dan pelbagai jenis bubur manis sahaja. Mungkin kalau orang yang pandai buat kuih-kuih yang guna daun pandan macam tepung talam, puteri ayu dan lain-lain tentu lebih banyak gunakan daun pandan. Dalam rimbun macam ni pun dah banyak kali juga jiran tetangga ambil serumpun untuk buat pewangi masakan atau kuih muih. Bila dicantas, makin besar rimbunnya. 


Lama-kelamaan rasa serabut pula dengan  rimbunan pandan ni. Suami cadangkan supaya buang pokok pandan ni agar tak jadi tempat nyamuk bersarang. Walaupun saya yakin tak ada nyamuk bersarang di sana, saya setuju supaya laman depan rumah nampak lebih kemas sedikit. Saya bercadang untuk letak bunga hiasan sahaja di laman depan agar nampak lebih berseri sedikit. Saya war-war juga di kalangan rakan-rakan jika ada mahukan daun pandan yang banyak ini. Ada seorang dua yang mahu anak pokok dan saya semaikan. Pada jiran, saya bagi dalam sepuluh helai buat stok. Untuk saya sendiri saya juga simpan stok helaian daun pandan dan anak pokok yang baru disemai. Setelah seminggu disemai, nampak ada pucuk baru tumbuh. Positif nampak gayanya. Lebihan pandan ini akhirnya dikutip oleh pekerja landskap. Tak pasti sama ada dibuang begitu sahaja untuk dijadikan kompos atau digunakan untuk kegunaan sendiri. Yang mana satu pun tetap diakhiri dengan kesudahan yang baik.


Sekarang nampak terang sikit laman depan rumah ini terutamanya bila rumput pun dan dipotong. Saya cuma tinggalkan pokok tricolor, amaryllis dan heliconia sahaja buat penghias laman depan. Yang ada juga di kawasan ini sekarang adalah pokok betik, kantan, kari dan kacang botor. Kantan dah disemai di belakang rumah. Betik dan kacang botor akan dimusnahkan bila dah tak berbuah. Pokok kari masih belum tentu nasibnya sebab ada pokok kari lebih sihat dalam pasu. Mungkin yang ini juga akan dipindahkan ke belakang rumah. Cerah sikit mata melihat laman depan.


5 ulasan:

  1. Daun pandan yang saya tanam daunnya kecil dan pendek.. yang akak tanam ni daunnya besar... memang ada jenis atau memang pokok pandan saya tak subur ye kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu pokok pandan saya pun kecil juga, boleh tgk post saya yang ini http://wanie-theatozofmylife.blogspot.my/2013/01/kebun-sejemput.html

      Padam
  2. Rumah saya pun banyak juga pokok pandan akak.

    BalasPadam
  3. Banyak pokok pandan akak. Elok juga dipotong bagi kurang. Takut bahaya. Nanti ada yang buat sarang.

    BalasPadam
  4. Inilah hasilnya bila berbudi kepada tanah. Banyak pandan akak.

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...