adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 13 Mac 2015

Tuaian Tomato & Mee Telur

Semalam sampai saja di rumah terus belek tomato. Agaknya dah ranum sangat sebab buahnya terus luruh bila ditolak. Jadi semalam dapatlah tiga biji tomato merah ranum sebesar ibu jari. Kecil sangat. Oleh sebab suami saya keluar bertugas luar daerah selama tiga hari, makanya sangatlah malas nak masak nasi siap berlauk semua. Anak-anak memang tak berapa nak makan nasi berlauk melainkan kalau masak mee atau nasi goreng. Kelmarin dah makan nasi Arab, takkan hari-hari nak bungkus. Botaklah kepala ibu.


Jadi semalam gigih buat mee telur dari mula. Mudah saja. Cuma jenuh nak canai senipis boleh tepungnya dan potong halus-halus. Kalau ada mesin buat mee senang sikit kerjanya. Resepi mee telur adalah seperti berikut untuk dimakan 4 orang.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh garam
Sedikit air

Cara Penyediaan :
Adun tepung, telur dan garam sehingga sebati. Jika perlu masukkan air, masukkan sesudu besar setiap kali. Uli selama lebih kurang 10 minit sehingga adunan kenyal. Tinggalkan seketika selama 10 minit dalam bekas yang bertutup dengan tuala lembap untuk kekalkan kelembapan adunan. Kemudian, bahagikan adunan kepada empat bahagian dan canai setiap bahagian senipis yang boleh dan gulung. Potong mengikut ketebalan yang disukai. Jangan terlalu tebal kerana mee akan kembang apabila direbus. Pastikan potongan mee tidak melekat dan salut dengan taburan tepung. Jika mahu simpan untuk kegunaan sehari dua nanti, pastikan mee kering sebelum simpan di dalam bekas kering di dalam tempat sejuk. Apabila hendak guna, rebus dengan air yang telah mendidih. Air rebusan hendaklah diletakkan garam. Kemasinannya cukup masin macam air laut bak kata orang. Mee sudah masak setelah timbul.




Mee telur ini samalah seperti pasta segar. Jadi boleh dimasak dengan pelbagai cara. Saya pernah rebus dengan stok ayam, campur bebola ayam dan pecahkan telur macam mee segera perisa ayam. Pernah juga mee ini dicelur dan dimakan dengan gorengan sayur campur berkuah. Tapi kali ini saya rebus dan terus rendam dalam air ais. Mee ditos dan digoreng macam mee goreng. Bertambah anak-anak makan. Ameer kata sedap macam mee pasar malam. Hahaha. 



posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. great!! ada alasan sy nk beli mesin mee pasni hehe.sis tahan berapa lama mee ni.sy dh lama stop mkn mee kuning tragedi terasa asid borik yg sangat kuat.huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti boleh simpan berapa lama sebab biasa saya buat satu adunan untuk dua kali masak, saya simpan simpan dalam bekas kering bertutup dalam peti sejuk biasanya tak lebih seminggu terus masak bakinya...

      Padam
  2. Bagusnya... akak x pernah terpikir boleh buat mi sendiri. Mesti cuba. Tq.

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...