adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 19 Oktober 2015

Khabar Dari Mulberi Di Belakang Rumah

Kira-kira enam minggu lalu, saya telah pindahkan semaian mulberi saya ke laman belakang. Saya siram sehari sekali sahaja selepas dialihkan supaya akar tak terkejut. Baja pun tidak. Akhirnya selepas tiga minggu dialihkan baru saya perasan sudah ada beberapa helaian daun baru sudah tumbuh cantik. Mungkin dalam awal minggu kedua sudah mula berpucuk baru. Waktu itu saya belum berani letakkan baja tapi saya siram dua kali sehari beberapa hari dalam seminggu. Sungkupan pun sentiasa ditambah di sekeliling pangkalnya supaya rumpai susah naik dan tanah tidak cepat kering. Sungkupan juga tidak terlalu tebal supaya pangkal batangnya tidak terlalu lembap.

Mulberi pada 27 Sept. 2015

Mulberi pada 4 Okt. 2015

Seminggu kemudian, pokoknya juga dah sekali ganda tinggi dan tegak berbanding dari hari pertama dialihkan. Saya membuat keputusan untuk cantas pokoknya supaya tumbuh cabang baru. Mulanya berkira-kira juga sama ada nak cantas atau pegging pokoknya. Tapi bimbang pula kalau dibuang daun-daunnya nanti pokok stress pula. Jadi saya cantas sahaja dulu. Daunnya sihat dan ada yang bersaiz tapak tangan saya. Selepas dicantas, saya siram dan letakkan baja.

Mulberi pada 4 Okt. 2015 - selepas dicantas

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya tengok beberapa pucuk baru dah banyak yang tumbuh bersama-sama putik buah yang banyak juga. Kali ini saya tak baja pokoknya, saya cuma siram dengan bancuhan baja roti sahaja. Baja roti saya peram dari minggu lepas selama seminggu. Menurut Mak Su saya, baja roti yang dia buat memang serasi dengan pokok-pokok di rumahnya. Harap-harapnya beri kesan yang baik kepada semua tanaman saya termasuk mulberi saya ini. 
  
Mulberi pada 17 Okt. 2015


Putik-putik mulberi pada 17 Okt. 2015
Pucuk-pucuk baru yang tumbuh ini akan saya lenturkan kelak bila semua buah-buah dah dituai nanti. Semoga lebih banyak mulberi datang dari pokok ini. Mungkin saya akan semai lagi sepokok dua mulberi di belakang rumah nanti.

Pucuk-pucuk baru mulberi yang cantik hijau berkilat

2 ulasan:

  1. Assalam sis..

    salam ziarah..

    seronoknya ada pokok mulberi..saya tgh pening mcm mana la nak tanam pokok tu dengan balkoni nan seciputttt...dlm proses piindah teres 2 tkt ke apartment ni byk laaaaaaaaaaa pokok terpaksa tinggalkan kat umah..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, terima kasih sudi ziarah dan follow juga... tanamlah mulberi dalam pasu. saya pun ada sepasu mulberi tanam di laman depan.

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...