adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 8 Oktober 2015

Tunas Baru Di Plot No. 1

Setelah tiga hari tak menjenguk kebun di belakang rumah, semalam saya berpeluang menjenguk seketika. Selama tiga hari tu hujan turun setiap hari jadi tak perlu risau tanaman mati kekeringan. Yang saya risau takut-takut akar terlalu basah sebab terlalu lembap. Di plot no. 2 tiada perkembangan menarik selain pokok-pokok cili tengah galak berbuah tapi lupa pula ambil gambar. Jadi hari ini nak tunjuk cerita-cerita rezeki di plot no.1 sahaja.


Hujung minggu lepas saya memang sengaja tinggalkan sebahagian pangkal sawi saya untuk tengok sama ada pucuk baru akan tumbuh atau tidak. Bila dibelek-belek sawi memang ada pucuk baru tumbuh sehingga tiga pucuk yang keluar untuk sepokok sawi. Sawi yang belum dituai minggu lepas sebab terlalu kecil juga membesar. Selepas dituai sawi minggu lepas memang saya ada letakkan baja. Syukur Alhamdulillah. Dalam seminggu dua lagi dapat lagi tuai sawi.


  

Ahad lepas juga saya ada semai enam biji kacang panjang hasil pemberian mak mertua saya. Tak sangka masih bernas benihnya dan semuanya tumbuh dengan baik sehingga semalam. Saya sekarang tengah berkira-kira sama ada nak redah semak untuk cari dahan-dahan kecil untuk dibuat pancang atau beli sahaja dari kedai sebab kedua-duanya malas nak diusahakan (hehehe). Jadi buat masa ni saya letak saja sebatang kayu buat jadi pancang sementara.




Sebenarnya saya juga semai bayam merah dan bendi di plot ini dari benih lama yang saya jumpa tapi nampaknya belum keluar tanda-tandanya lagi. Mungkin sudah tidak bernas atau belum masanya. Biasanya benih akan ambil masa sekitar 3 hingga 5 hari sahaja untuk tumbuh. Di rumah saya memang banyak stok benih yang saya beli lama dahulu. Sekarang saya dalam proses habiskan semua benih lama sebelum melayan nafsu tamak haloba beli benih yang baru.

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Dah dapat merasa hasilnya.

    BalasPadam
  2. Kacang dan mula nampak tunas. Lepas ni jadi besar dan merasa hasilnya insyallah.

    BalasPadam
  3. Benih kacang yg baru memang senang bercambah..

    BalasPadam
  4. Biji benih yang baru ditanam kalau bercambah elok memang seronok sahaja dalam hati...

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...