adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 15 Mac 2013

Kenapa Saya Tak Perlukan Pembantu Rumah (Buat Masa Ini...) - Bahagian 2


Inilah yang terjadi bila si abang sudah pandai buka tin biskut dan si adik yang belum pandai ambil biskut tonggengkan tinnya. Habislah berterabur serdak-serdak biskut yang rangup itu di atas lantai. Yang lebih pening bila berterabur juga di atas karpet. Terpaksalah si ibu sapu berkali-kali dan “vacuum” karpet supaya bersih semula. Itu semua dah menjadi tugas ibu. Kalau babah ada, bolehlah babah bantu. Ibu buat dengan seikhlas hati walaupun geram sedikit tapi kalau sabar dan ikhlas, kerja yang susah pasti rasa ringan. Bila cakap pasal keikhlasan, membuatkan saya ragu-ragu nak ambil pembantu rumah. Inilah antara sebab-sebabnya yang saya sambungkan dari catatan yang lalu.
Ketiga: Saya ragu-ragu dengan keikhlasan pembantu rumah dalam menguruskan hal domestik saya dari bab menjaga kebajikan ahli keluarga saya sehingga penyelenggaraan rumah saya. Kalau pembantu rumah saya tidak ikhlas, bagaimana penerimaan dia terhadap perangai dan tabiat ahli keluarga saya yang saya sayang. Saya bimbang aura negatif pembantu yang tidak ikhlas menusuk ke jiwa anak-anak saya terutamanya yang sedang membesar. Silap haribulan, rasa tidak ikhlasnya menjadi tekanan yang boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak saya.
Keempat: Dalam bab menyediakan makan minum pula, kasih sayang dan rasa ikhlas adalah rencah utama dalam menyediakan makanan kepada ahli keluarga. Mengamalkan pesanan nenek saya, setiap kali menyediakan makanan untuk ahli keluarga saya, saya akan iringi dengan selawat. Persoalannya, adalah pembantu akan menambah rencah istimewa tersebut? Takkanlah saya nak benarkan anak-anak dan suami saya makan masakan hasil air tangan orang lain. Saya tahu masakan saya kurang sedap, tapi sekurang-kurangnnya ikhals dari hasil tangan saya. Yang kurang sedap itulah yang menjadi ingatan insan tersayang saya.
Kelima : Lelaki yang saya kahwini itu suami saya dan anak-anak yang saya lahirkan itu darah daging kami. Biarlah saya bersusah payah menjaga mereka selagi upaya. Dengan itu dapatlah saya merasai dan menghargai penat lelah kedua ibu bapa saya dan suami menjaga kami masa kecil. Suatu hari nanti bila anak dah besar dan berjaya, InsyaAllah Allah akan sediakan masa dan hati yang lapang buat kami berdua.
Setakat ini sebab-sebab saya tak perlukan pembantu rumah (buat masa sekarang). Biar masa dan keadaan yang menetukan samada saya perlu atau tidak pembantu rumah. Alhamdulillah..buat masa sekarang, semua masih dalam kawalan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

6 ulasan:

  1. terangguk2 saya membaca entry ini. agree with all the points. i m also maidless. dan kami sangat gembira begini. maidless menjadikan otak saya sentiasa berjalan utk merancang kerja2 rumah dan mengurus masa memikul amanah bersama2 suami membesarkan anak. secara tidak langsung juga kami membabitkan anak2 menjadi penolong membantu kerja2 rumah. rumah bersih tanggungjawab bersama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. adajuga yang sependapat dgn saya akhirnya...bila buat sendiri segala lebih puas hati dan kena dimata walau x sehebat mana.

      Padam
  2. Lynn ada maid 10 tahun. cukuplah. Anak2 pun dah besar. Rasanya dia lg byk beban dr membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang saya risaukan...takut menjadi beban lebih dari membantu.

      Padam
  3. hmm nak ambil pembantu rumah ni memang banyak perkara nak dipertimbangkan.. Lagi-lagi sekarang ni ramai yang tamak tapi tak semenggah.. Kalau dulu pun biasanya orang ambil pembantu untuk buat kerja-kerja waktu siang je. Bila malam dia chow balik rumah dia. Now, nak kena sediakan tempat tinggal, makan minum bagai.. Kalau amik dari luar kena uruskan permit segala macam pulak. Apa-apa pun tahniah kerana mengutamakan orang-orang tersayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih nudabuffy.. kalau ikhlas semua tanggungjawab jadi ringan. tak perlu ucapan terima kasih dr tersayang...jgn merungut lebih2 sudah hahaha

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...