adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Sabtu, 9 Mac 2013

Magenta di Laman


Hari semalam saya bercuti. Bukan cuti rehat tp cuti selang sehari berganti-ganti dengan suami sejak dua minggu lalu. Mulanya kami cuti sebab menjaga Ahmad yang terkena "chickenpox". Kemudiannya bersambung pula sebab taska budak dua beradik tutup seminggu gara-gara dikuarantinkan sebab HFMD. Pening juga bila memikirkan kerja banyak di pejabat disamping segan dengan bos dan rakan sekerja, asyik cuti aje. Bila dah ada anak kecil memang kebanyakan cuti kita dihabiskan menjaga anak yang sakit.
Disebabkan dah terbiasa bangun awal macam hari kerja, maka pagi-pagi saya ke laman mengemas laman. Keluarla sikit peluh walaupun tak banyak boleh dibuat dengan perut yang dah lapan bulan ni. Selama dua minggu ni, menyiram pun konsisten dua kali sehari. Siap dibaja semua pokok di laman. Maka suburlah tanaman semua.
Pokok bunga kertas dengan pokokk berdaun ungu ini elok aje berbunga lebat. Magenta warnanya. Saya tak tahu pula nama pokok berdaun ungu ni. Saya pernah terbaca pokok ini akan berbunga apabila dibaja sejurus dipangkas. Itulah yang saya buat selepas memangkasnya beberapa minggu lalu. Disebabkan pokok saya kecil maka tak banyaklah bunganya. Pokok keladi hiasan berdaun magenta dengan "trim" hijau pun besar saiz daunnya. Cukup makan minum lah tu nampak gayanya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. besar daunnya...sebab cukup makan minum, kalau rimbun tentu lagi cantik. hajat dihati nak tambah koleksi keladi lagi!

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...