adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 8 Mac 2013

Rutin Setiap Selasa


Sejak hampir setahun lalu (mungkin lebih dari setahun), inilah rutin kami setiap Selasa. Pada setiap hari Selasa, Alam Flora bagi pihak Perbadanan Putrajaya akan mengutip sampah-sampah yang boleh dikitar semula disamping sampah domestik di kawasan perumahan kami. Bagi kawasan lain di Putrajaya, hari kutipan mungkin berbeza. Setiap rumah akan dibekalkan dengan dua beg plastik. Beg plastik biru untuk sisa kertas manakala beg plastik putih untuk tin, kaca serta plastik. Kebiasaannya kami akan masukkan sisa kertas seperti kotak, risalah dan bil yang dicarik. Bagi beg plastik pula akan diisi dengan tin minuman, tin susu, botol plastik dan kaca. Bahan ini akan dicuci dulu supaya bersih dan tidak didatangi semut. Saya tidak perasan samada jiran-jiran kami juga buat perkara yang sama. Tapi suami saya perasan setiap kali sampai di rumah dari pejabat setiap Selasa, hanya rumah kami dibekalkan dengan beg plastik gantian. Sebenarnya barang-barang ini boleh dihantar ke pusat kitar semula dan dibayar. Namun rasanya tidak berbaloi jika kerap ke sana. Biarlah pekerja pembersihan yang menjualnya. Sekurang-kurangnya mereka mendapat pendapatan sampingan. Dan juga, sekurang-kurangnya kami meringankan kerja mereka mengasingkan bahan kitar semula. Anda kitar semula?

Published with Blogger-droid v2.0.10

7 ulasan:

  1. Lama takder entri ..ingatkan dah bersalin..hehehe
    kita semula tu takderlah ..sbb jauh gak nak hantar tuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak sibuk sekarang ni..itu yg x sempat nak tulis apa2..hari2 siapkan kerja pejabat takut terbersalin hehe...nak maintain kebun pun da x upaya...tenaga ada tp x boleh nak bergerak selesa...

      Padam
  2. semestinya! Lynn pun asingkan kertas, newspaper, kaca & plastik items separately. Even kain baju lama pun letak dlm satu bag elok2.. tujuannya bg kat org kutip smpah jual kat re-cycle. Instead kita buat, biarlah mrk dpt income sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah! mainan anak-anak yang diorg x peduli pun sy hantar recycle center utk dijual balik bagi yg masih elok

      Padam
  3. yup! I also do the same - recycle
    saya pun perasan, sebabkan umh kita je yg amal recycle ni, so dia bagi plastic kat umh kita je..

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...