Saya sebenarnya dah putus asa dengan benih kailan dan sawi saya yang terbantut berbulan-bulan lamanya. Walau bagaimanapun apa yang berlaku saya anggap sebagai pelajaran untuk saya dalam berkebun. Semalam, pagi-pagi lagi saya dah ke laman rumah. Hajatnya nak menyapu daun-daun kering disamping meneman anak-anak bujang saya bermain basikal. Sudahnya saya mengembur pula tanah yang akhirnya saya cabut semua sawi, kailan dan kangkung yang saiz batangnya besar sedikit dari batang mancis. Seingat saya, masa zaman sekolah mudah saja sayur yang saya tanam tumbuh. Jagaannya ala kadar saja. Mungkin keadaan tanah yang berbeza. Pagi tadi habis digembur tanahnya. Berpeluh-peluh dibuatnya. Nasib baik kerja menggembur tanah dengan humus tidaklah sukar kerana tanahnya memang sudah lembut kerana disiram setiap hari. Selain daripada itu, tanahnya juga kerap digembur setiap minggu. Siap menggembur hari pun panas. Bau masakan jiran tetangga pun dah menusuk hidung. Usai kerja menggembur, saya pun bergerak ke dapur pula. Cadangnya hari ini nak menyemai benih baru. Rasanya masih sempat hasilnya dituai dalam tempoh sebulan. Harapnya sempatlah sebelum bersalin.
posted from Bloggeroid
Kadang gitulah..bila wrong timing memang pembesaran sayur2 ni blh terbantut kan..
BalasPadamitulah..mungkin sebab tanah di rumah ni kurang subur sbb tanah kambus..di kampung tanahnya subur
Padamjgn mengalah rakan kebunku!
BalasPadamterima kasih!!
PadamSaya cadangkan puan semai dahulu di bekas lain. Kemudian pindahkan ke atas tanah. Kadang-kala senai terus atas tanah lambat percambahan biji benih.
BalasPadammemang saya semai di dalam pasu..kemudian bila dah tumbuh daun ke empat baru dipindahkan ke tanah..mungkin izham x ikut perkembangan sawi saya..
Padama'ah betul..semai dalam bekas dulu...sekarang musim panas dah start kalau area tu direct sun sepanjang hari..untuk sawi perlu ada jaring lindung sikit..elak dari melecur kepanasan
BalasPadamsaya memang semai di dalam pasu dulu..bila dah tumbuh empat daun baru saya pindahkan ke tanah..mungkin tanah kurang subur atau juga pansa tanpa teduhan. semaian yg seterusnya akan diteduhkan..
Padam