Saya memang dah serabut tengok satu sudut tepi dapur yang menempatkan macam-macam benda. Di sini ada diletakkan tangga, tong-tong sabun pencuci pakaian, pelembut pakaian, payung, kasut sukan, plastik pembungkus dari pasar raya, kotak simpanan benih, payung, bakul, besen dan seribu macam benda. Alif pula suka sangat selongkar tempat ini. Apa yang dicarinya pun tak diketahui. Kadang-kadang selipar dapur dan tong-tong sabun habis dibawa ke ruang tamu.
Dek kerana sarat dengan barang-barang, kadangkala susah juga nak buka pintu dapur sebab sempit. Di bawah timbunan barang-barang ni pun tak tahu lah apa yang ada. Kerap juga dikemaskan tapi agaknya kemas tak betul-betul susun barang yang ada. Yang tak perlu masih lagi disimpan buat harta karun.
Akhirnya kami beli satu rak yang praktikal. Setelah meninjau-ninjau beberapa kedai, kami beli rak ini pada harga kurang daripada RM150. Saya dah terlupa harganya sebenar sebab suami yang pergi beli berseorangan. Itu pun setelah mendapati harga di kedai lain lebih mahal dan ada pula yang perlu ditempah terlebih dahulu. Saya memilih rak jenis ini kerana saya mencari rak yang mudah dicuci, boleh menahan berat dan tiada pintu kerana barang-barang yang akan diletakkan di sini akan kerap digunakan. Jika ada pintu pasti cepat rosak sebab selalu dibuka tutup. Jadi, rak inilah pilihan hati. Rak ni mungkin tak stylish tapi cukup praktikal bagi saya.
Setelah hampir dua jam memunggah barang-barang keluar dari dapur, menyapu dan mengemop lantai, memasang rak seorang diri dengan seorang budak kecil menyibuk, susun semula barang dan buang mana yang tidak perlu, rak tersusun kemas dah siap. Saya puah hati. Sekarang ruang ini sudah sedikit luas dan kemas.
Projek seterusnya adalah untuk mencari rak kasut yang ringkas untuk kasut-kasut bola suami. Ruang atas rak ini sudah ada barang lain untuk diletakkan. Kasut-kasut ini perlukan rak terbuka untuk memastikannya kering dan tidak berbau.
Similar to other household succulents, snake plants help to filter indoor air. What's unique about this particular plant is that it's one of the few plants that can convert carbon dioxide (CO2) into oxygen at night.Indoor plants in karachi This quality makes it an ideal plant for bedroom decor, since it can help regulate healthy airflow.
BalasPadam