adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 23 Januari 2014

Rose Valley, Tringkap, Cameron Highland

Nampaknya penceritaan catatan percutian kami di Cameron Highland sekeluarga minggu lalu akan jadi caca marba. Gambar-gambar percutian ada di dalam telefon. Sebahagian lagi ada di dalam kamera. Tapi disebabkan rasa betul-betul teruja nak bercerita, maka kita akan lompat terus ke hari Jumaat.  Cerita hari Rabu dan Khamis kita tunda dalam catatan lain.

Tempat yang saya hendak kongsikan ini adalah Rose Valley di Tringkap, Cameron Highland. Berdasarkan pemerhatian saya, banyak juga pusat kebun ros di sini tapi ini yang menjadi pilihan saya. Ini kali pertama saya ke kebun ros. Jadi saya tak pasti yang mana satu paling cantik. Dengan bayaran sebanyak RM4untuk seorang dewasa dan RM2 untuk seorang kanak-kanak bermula dari  empat (4) tahun, kami pun masuk ke kawasan kebun. Bau semerbak bunga-bunga ros pelbagai warna pantas menusuk hidung. Wangi dan cantik sungguh. Ada juga tanaman hiasan lain diselang selikan di antara pokok-pokok ros. Di bahagian tebingannya ditanam dengan rumpun pudina. Segar sungguh daun pudina yang hidup sebagai penutup bumi di dasar batas ros.









Di bahagian dalam kebun ros ini juga terdapat beberapa tempat persinggahan buat tempat melepaskan lelah. Menarik juga duduk bersantai di kawasan ini. Kalau di rumah ada buaian comel seperti, haruslah menjadi tempat bertenggek anak beranak saban petang. 



Jika rajin menapak sehingga ke hujung, ada terdapat sebaris pokok tomato yang sedang berbuah ranum. Di sini juga tedapat kolam air yang dihisas cantik selain dilengkapi buaian. Terdapat juga pusat informasi ros berbentuk rumah kotej kecil di sini.



Selain bunga ros, turut dipamerkan di sini adalah pelbagi bentuk kaktus. Kaktus sangat cantik dipandang namun berhati-hati jika menyentuhnya. Di sini juga terdapat beberapa ekor merak yang galak mempamerkan ekornya yang cantik. Walaupun tidak banyak aktiviti boleh dibuat di sini, namun pemandangan yang cantik betul-betul menyegarkan minda. Kalau kita rajin menjaga taman di rumah, tak mustahil hasil sebegini indah juga dapat dinikmati.





ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...