adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Memaparkan catatan dengan label ros. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ros. Papar semua catatan

Khamis, 25 Februari 2016

Bunga-Bunga di Bulan Februari 2016

Gambar bunga-bunga yang berkembang di laman rumah sepanjang Februari 2016.

Gardenia Jasmine Belmont a.k.a Cape Jasmine

Kangkung


Cosmos (Ulam Raja)

Pink Stiletto Rose

Moss Rose, Rose Moss Portulaca grandiflora 'Sundial Peach'

Chinese Fringe Flower | Loropetalum chinense

Jumaat, 17 April 2015

Glorious Rose on Thursday Morning - Gemilang Ros Di Pagi Khamis


Won't you come into the garden? 
I would like my roses to see you.
-Richard Brinsley Sheridan -




Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah. Bunga ros saya kembang mekar sempurna disinari matahari pagi Khamis. Sebelum keluar rumah semalam sempat ambil gambar sepantas kilat. Mujurlah gambar yang terhasil cantik. Pemandangan indah sebegini tidak sama setiap kali bunga berkembang.

Praise is to God, God's creation is such a beauty. My rose blooms perfectly under morning sunlight. Before leaving the house yesterday, I had to snap picture of it in a hurry. Fortunately, the picture resulted gorgeously. Such beautiful scenery could not be captured the same every time it blooms.

Bunga ros batang berduri,
Petik mari dara jelita;
Kalau tuan sudikan kami,
Saya menunggu sepenuh mata.


posted from Bloggeroid

Rabu, 15 April 2015

Ros Berbunga Lagi - Roses Are Coming Again

Sebelum ini saya ada tiga pasu pokok bunga ros yang mana dua daripadanya adalah ros mini. Tapi dek kerana kesengalan diri sendiri, kedua-dua pokok ros mini saya telah mati. Saya telah tanam ros jepun di dalam pasu yang sama sedangkan saya memang tahu ros tidak boleh berkongsi pasu dengan tanaman lain kerana akan mengganggu akarnya. Saya terima akibatnya.

Before this, I have three pots of roses which two of these are mini roses. However, my mini roses died because of my stupidity. I planted Japanese roses in the same pot whilst knowing that roses are not very keen with sharing concept since this will disrupt its root. I accept my fate.

Kudup-kudup bunga ros disimbahi sinar matahari pagi Isnin
Walaupun ros tinggal sepokok, pokok ros ini sangat rajin berbunga asalkan rajin disiram. Bunganya akan berwarna warna merah jambu terang apabila berbunga pada musim panas dan sebelum itu disiram setiap hari. Tetapi bunganya akan berwarna merah jambu pastel jika berbunga pada musim hujan yang pada kebanyakan harinya redup. Hujung minggu lalu, tiga kudup bunganya telah keluar.

Even though there is only one pot of rose left, this one produce flower quite often as long as you didn’t forget to water it. The flower will be in bright hot pink during hot season and watered regularly beforehand. The flower however will come out in pastel pink during wet season where most of the day is hardly sunny. In the recent weekend, three rose buds came out.

Ros dalam cahaya pagi Rabu
Hari ini sekuntum bunga telah mekar walaupun tidak besar. Kudup kedua juga mulai mengembang dan mungkin berkembang penuh lewat petang ini. Dalam sehari dua lagi mungkin kudup ketiga akan kembang pula. Selepas bunga pertama layu, ada baiknya dahannya dicantas agar pucuk baru dapat tumbuh lagi dengan harapan pucuk datang bersama kudup bunga baru.

Today, one the buds bloomed halfway. The second is starting to bloom and most probably fully bloom later this afternoon. In two or three days, the last one will bloom. Right after the first bloom starting to wilt, I will cut of the branch to allow more growth which I hope more flower buds coming out.

Kudup bunga ros dalam cahaya pagi Rabu

Rabu, 26 November 2014

Showtime Stilleto Rose

Baru-baru ini, saya telah pangkas bunga ros yang telah berkembang penuh bagi memberi laluan kepada kudup bunga ros yang sedang membesar di sebalik kelopaknya. Saban hari, kelihatan kudup bunga ros makin cepat membesar setelah dipangkas. Nampaknya semua makanan ditumpukan terus kepada kudup tersebut. Makin lama makin terserlah warna merah jambu terang di sebalik kehijauan sarung kudupnya.


Pucuk-pucuk ros dipangkal pokok juga makin galak menghijau menumbuhkan pucuk-pacuk baru merah kehijauan. Ada juga kelihatan kudup-kudup bunga kecil muncul bersama pucuk baru. Nampaknya bunga ros akan bersilih ganti memeriahkan laman saya yang tak seindah mana. Berkat hari hujan setiap hari dan mentari menyinar setiap pagi, pokok-pokok lain selain bunga ros juga segar bugar tampaknya.


Setelah hampir dua tahun bersama pokok ros ini, bulan ini sudah dua kali bunga rosnya berkembang cantik. Kalau minggu lalu bunganya agak pucat, minggu ini warna kembali terang merah jambu menyala. Sebelum ini saya sering tertanya-tanya identiti pokok ros saya ini. Hari ini sungguh-sungguh saya meneroka alam maya. Akhirnya saya bertemu jawapan. 


Ros saya ini diberi nama Showtime Stilleto Ros. Berasal dari susur galur Rose Esmeralda dan merupakan Hybrid Tea Rose. Showtime Stiletto Rose mempunyai bunga yang besar yang boleh berkembang sepenuhnya dalam pasu . Mawar ini mempunyai kelopak merah jambu yang mewah dan bentuk yang elegan. Berbatang panjang dan daun-daun hijau yang sihat menambah keindahan dan kualiti bunga ini . Hampir sama ciri-ciri bunga ros saya ini dengan apa yang dikatakan di dalam alam maya. 

Showtime Stilleto Rose

posted from Bloggeroid

Isnin, 17 November 2014

I HEART You Rose..

Sabtu lepas, kudup bunga ros saya masih belum kembang. Tengah hari Ahad, kudup bunga ros saya rupanya telah kembang penuh. Bunganya tidak secantik kali pertama ia berbunga, mungkin lewat petang Sabtu dia telah mula berkembang dan tengah hari itu bunganya telah melalui fasa akhir perkembangan. Namun saya tetap puas hati dan bersyukur. Segar mata memandangnya walaupun hanya sekuntum. Kudup kecil semakin membesar. Mungkin hujung minggu ini berkembang lagi. Pucuk-pucuk baru juga makin menumbuhkan daun-daun baru. Putik-putik bunga baru belum muncul lagi. Kalau ada rezeki pucuk-pucuk baru mengeluarkan kudup bunga, nampaknya bertali aruslah bunga ros saya berbunga saban minggu. 




Selasa, 11 November 2014

Ros Yang Keseorangan


Sedikit masa dulu saya ada mempunyai dua pasu ros miniatur merah jambu dan sepasu ros merah jambu biasa yang wangi bila berkembang. Kemudian, saya tanam ros Jepun di pangkal dasar pokok-pokok ros saya sedangkan saya tahu pokok ros tidak boleh sama sekali berkongsi pasu dengan tanaman lain. Akibatnya, dua pasu ros miniatur saya mati. Dua minggu lalu saya keluarkan semua ros jepun dalam pasu ros merah jambu saya supaya ros saya yang tinggal itu tidak menerima nasib yang sama.



Selepas di tambah dengan tanah, saya sungkup pangkalnya dengan potongan batang pokok kantan supaya tanahnya tidak cepat kering. Selama dua minggu saya siram dengan air hujan bercampur enzim sisa dapur. Saya tidak siram setiap hari kerana sejak akhir-akhir ini hujan turun setiap hari kecuali jika tidak hujan malam saya akan siram pada waktu pagi. Setiap hari, ros saya terkena cahaya matahari sekitar awal pagi sehingga tengah hari. Saya pernah letaknya di kawasan terkena sinaran matahari dari pagi sehingga lewat petang namun daunnya cepat kering. Ros jika tidak boleh terlalu rapat dengan pokok lain kerana pangkalnya perlukan pengudaraan yang baik.



Sejak dua tiga hari yang lalu pokok bunga ros saya ini dah mula keluarkan dua kudup bunga. Kelihatan beberapa pucuk baru yang sihat juga telah keluar. Nampaknya akan banyak kudup ros baru akan keluar bersambung-sambung. Hati saya melonjak gembira. Tidak lama lagi berserilah laman saya. Hajat nak menambah koleksi bunga ros perlu dilupakan seketika. Maklumlah, kami ni menyewa rumah kerajaan, bila-bila masa saja boleh berpindah. Renyah rasanya nak memindahkan pasu-pasu. Tapi semangat nak berkebun sentiasa berkobar-kobar.

Sabtu, 2 Februari 2013

Giliran Ros Baru Pula..


Benarlah kata orang ros yang berbau tidak tahan lama kembangnya. Lihatlah ros ini, belumpun mencecah usia seminggu kembang sudah layu bunganya. Wanginya masih ada walau tak kuat tapi rupanya sudah tidak menarik. Seperti yang dirancang, saya cantas dahan yang bunganya telah layu. Masih ada dua dahan yang belum dicantas memandangkan masih terdapat kudup bunga yang belum kembang. Bila kembangnua sudah layu, baru saya cantas dahan-dahannya. Harapnya menjadilah cantasan untuk pokok yang ini sebagaimana dua pokok ros yang terdahulu. Ini mungkin pembelian bunga ros terakhir sebelum bersalin. Saya akan jaga ketiga-tiga pokok roa dengan baik. Kalau masih galak membeli pokok sekarang bimbang tidak terjaga dalam tempoh pantang nanti.


posted from Bloggeroid

Jumaat, 1 Februari 2013

Cantasan Ros Berjaya!!


Meriah sungguh pohon ros yang kecil ini dengan cambahan pucuk-pucuk barunya. Sejak "extreme makeover"nya minggu lalu, banyak pucuk baru yang keluar. Kalau tak dikawal dan dibentuk boleh caca marba jawabnya bentuknya nanti. Lepas ni bolehlah mula menggetu pokok bila sudah cukup kira-kira lima helai daun. Kerja menggetu dilakukan dengan meninggalkan sekurangnya tiga helai daun masih di dahan. Memandangkan dahannya masih lembut, menggetu boleh dilakukan dengan mencubit dengan tangan sahaja. Dalam pada itu, jangan lupa siram dua kali sehari dan baja setiap dua minggu. Alhamdulillah, setakat ini masih belum ada serangan kulat, penyakit atau serangga perosak yang menguji saya.

Yang ini pula pokok dalam pasu besar. Agak kurang pucuknya. Mungkin masih belum memcapai momentumnya dalam mengeluarkan pucuk-pucuk baru. Apapun, kedua-dua pokok kelihatan dalam keadaan terbaik.
posted from Bloggeroid

Isnin, 28 Januari 2013

Mengagumi Kecantikanmu...


"Pokok ros ni you jual berapa ringgit? Warna ape bunganya?". Tanya saya pada seorang pekerja nurseri di Bangi. "RM 15 kak. Saya tak tahu warnanya. Nanti kalau saya kata kuning, keluar warna lain kakak marah sama saya pula". "Bagi murahlah...pokok ni tak ada daun pun". Pekerja itu pun bersetuju menjual pokok bunga ros ini dengan harga RM12. Harga ini siap dengan pasunya. Saya kira agak murah kerana kebiasaannya saya beli pokok sahaja sudah RM9. Inilah yang berlaku dua minggu lalu.

Inilah rupa pokok ros itu hari ini. Pokok ros itu telahpun mengeluarkan bunga merah jambunya. Saiznya agak besar berbanding ros saya yang sedia ada. Baunya tidak kuat. Saya sebenarnya baru tiba dari kampung. Perjalananan selama dua jam terus hilang melihat bunga ros ini. Ada enam kudup kesemuanya termasuk yang telah kembang. Cantik sungguh.



Setelah luruh kesemua bunga ini, saya akan cantas pokok ini bagi memberi bentuk yang menarik serta rimbun. Mencantas dan menggetu pokok juga dapat menggalakkan pembentukkan cabang-cabang baru dan seterusnya menggalakkan pembungaan. Harapnya berjaya.
posted from Bloggeroid

Rabu, 23 Januari 2013

"Extreme Makeover" Pokok Ros


Memandangkan musim hujan telah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, maka akan muncullah hari-hari mendatang yang panas. Musim panas adalah waktu yang sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja pemangkasan pokok. Ini kerana bekas pangkasan tidak terdedah kepada kelembapan dan keadaan basah yang boleh menyebabkan bekas pangkasan tersebut rosak.



Pada Ahad yang lepas, saya dengan sepenuh hati tanpa belas kasihan telah memangkas pokok-pokok ros saya secara “extreme”. Inilah hasilnya. Saya harap dalam masa dua atau tiga minggu ini muncullah pucuk-pucuk muda yang baru.
Disebabkan musim panas akan bermula, maka saya terpaksalah merajinkan diri menyiram semua tanaman yang ada dua kali sehari. Pagi tadi saya telah membaja kesemua tanaman saya. Saya berazam agar saya akan terus membaja tanaman saya setiap dua minggu dan diselang selikan dengan semburan racun organik untuk menghalang kehadiran serangga dan kulat. Selain baja tahi ayam, saya akan turut selang selikan dengan semburan baja cecair. Harapan saya, catatan harian tentang tanaman saya di blog ini menaikkan semangat saya untuk terus berkebun dan rasa malu sendiri akan timbul kalau tidak bersungguh-sungguh sebab catatannya sentiasa ada. Hehehe…
posted from Bloggeroid

Selasa, 15 Januari 2013

Ros berbunga sedozen...


Inilah saat yang saya tunggu-tunggu sejak beberapa hari lepas. Hujung minggu lalu saya perasan pokok bunga ros dalam pasu kecil telah mula mengeluarkan sekurang-kurangnya lapan kuntum bunga. Manakala pasu besar ada empat kudup bunga. Hari ini sebahagian besar kudup-kudup bunga telah berkembang. Hasilnya menjadilah 13 kuntum bunga ros! Ini termasuk dua kudup yang belum berkembang. Pada usia hampir dua bulan bersama saya, pokok-pokok bunga ros ini benar-benar menceriakan hidup saya.

Ini betul-betul menaikkan semangat saya untuk menambah koleksi pokok ros saya.

Ini pula gambar jarak dekat bunga ros yang sempat saya ambil dalam keadaan tergesa-gesa pagi ini. Saya masih belum berpeluang membelek sepuas hati bunga-bunga ros yang lebih dari sedozen ini.
posted from Bloggeroid

Selasa, 1 Januari 2013

Kejutan dari Ros!


Hari ini tak keluar rumah langsung dari pagi. Dari pagi sibuk mengemas rumah yang ditinggalkan hampir seminggu. Lepas tengahari baru keluar rumah nak bawa Ameer pergi gunting rambutnya yang dah panjang. Sejak sampai di rumah malam tadi, masih belum sempat membelek bunga di laman. Tengahari tadi, sempat membelek pokok-pokok bunga. Terkejut saya apabila mendapati pokok ros dalam pasu kecil berbunga lagi. Dalam tempoh empat hari ditinggalkan masih sempat berbunga. Pokok ros dalam pasu besar dah menunjukkan kemunculan kudup-kudup bunga baru. Rajin betul pokok-pokok ros ni. Nampaknya selagi saya masih belun jemu, selagi itulah rakan-rakan terpaksa menatap pokok ros saya ini. Minta maaf ye, hehehe. Pokok-pokok ini juga pun makin galak mengeluarkan pucuk-pucuk baru. Sayang pula nak cantas. Tapi kalau tak cantas, tak merimbun pula. Tunggu dulula sebulan dua lagi baru cantas.


posted from Bloggeroid

Jumaat, 28 Disember 2012

Sebulan Bersama Ros...


Bila jenguk blog SweetieSaQi, teringat pokok ros di rumah. Sudah sebulan lebih pokok-pokok ros berkenaan bersama saya. Alhamdulillah, telah sekali berbunga dan kelihatan subur. Mungkin kerana cuaca pun mengizinkannya untuk tumbuh subur. Kalau musim panas mungkin agak sukar menjaganya agar tak mati kekeringan.
Pokok-pokok ini dah pernah berbunga sekali sepanjang tempoh sebulan lebih ni. Sejak dicubit-cubit sayang juga pokok-pokok ini galak mengeluarkan pucuk baru. Saya hentikan aktiviti mencubit ini sehingga tiga kali pusingan sahaja. Ini untuk benarkan pokok berehat agar tidak tertekan. Lagi sebulan saya merancang nak buat 'major pruning'. Harapnya pokok ros saya tak mati terkejut bila selesai dikerjakan. Pokok-pokok ros ni tampak rimbun juga berbanding mula-mula muncul dalam blog ini sedikit masa dulu.


posted from Bloggeroid

Sabtu, 15 Disember 2012

Ros berkembang penuh


Pagi tadi kami sekeluarga bertolak ke Taiping. Suami saya menyertai program persatuan yang melibatkan aktiviti perlawanan bola sepak persahabatan dengan Penjara Taiping petang ini. Esok pagi pula perlawanan dengan Pejabat Tanah & Daerah Selama. Petang esok baru bertolak balik Putrajaya.
Sebelum bertolak, terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan sehingga tak sempat nak belek anak-anak pokok yang akan ditinggalkan. Nak ambil gambar pun tak dapat. Si Ameer dah meronta-ronta nak main dengan telefon ibu.
Hanya satu-satunya gambar ros merah jambu yang dah kembang penuh ini saja sempat diambil. Mungkin hari esok sudah kurang menarik rupanya. Tak sempat pula nak bau harumnya. Jadi tak pasti jenis ini mengeluarkan bau ke tidak. Katanya kalau tak berbau wangi, tahan lama kembangnya. Tengok ajela bagaimana keadaannya esok.
posted from Bloggeroid

Khamis, 13 Disember 2012

Ros dicubit-cubit sayang....

Saya bukan hendak cubit sesiapa yang bernama 'Ros' kali ni. Tetapi saya nak 'pinching' pokok-pokok ros saya. Menerusi pembacaan beberapa sumber, saya difahamkan bahawa teknik 'pinching' boleh menggalakkan munculnya pucuk-pucuk baru bagi pokok ros. Ini seterusnya akan menggiatkan pertumbuhan kudup-kudup bunga yang baru dan sekaligus mampu memberi bentuk yang rimbun pada pokok ros. Teknik ini perlu dilakukan ketika kudup bunga yang pertama telah mula dibentuk. Tetapi tidak pada permulaan pembentukan kudup pertama. Ini bagi memastikan kitaran pembentukan bunga terus berlaku. Sekiranya dibuat terlalu awal, maka pokok akan menerima isyarat yang salah dan kitaran baru perlu bermula.
Teknik ini akan memberikan isyarat kepada akar untuk terus membekalkan nutrisi kepada pokok supaya menghasilkan lebih daun untuk menghasilkan makanan. Di samping itu juga, batang pokok akan menjadi lebih cepat matang. Teknik ini perlu dibuat kepada pucuk pokok yabg telah mempunyai sekurang-kurangnya 5 helai daun. Buang daun yang kedua terakhir dengan menggunakan jari. Laksanakan teknik ini dalam tiga kitaran. Tetapi lakukannya dengan bersederhana supaya tidak memberi tekanan kepada pokok.
Petang tadi saya telah melaksanakan teknik ini ke atas pokok-pokok ros saya.







Inilah pucuk-pucuk yang telah dibuang. Saya bercadang untuk pangkas pokok-pokok ini secara besar-besaran untuk pastikan ianya rimbun dengan cantik bila ianya selesai berbunga.

Itu sajalah hasil kesimpulan dari pembacaan saya dalam penjagaan ros. Harap-harap saya telah laksanakn teknik itu dengan tepat. Tak sabar tunggu pokok-pokok ros ni merimbun dengan cantik.
posted from Bloggeroid

Rabu, 12 Disember 2012

Teruja dengan ros


Setelah beberapa hari tak menjenguk keadaan pokok-pokok tanaman hiasan di rumah, tergerak hati nak membelek pokok ros yang dah hampir dua minggu tak dibelek. Keluar je dari pintu kereta bila balik dari pejabat, terus perasan ada satu kuntum bunga baru menjadi dari pokok bunga ros dalam pasu kecil. Teruja sungguh. Memandangkan hari dah agak petang, maka niat nak belek-belek lagi terpaksa ditangguhkan. Tambahan pula, kalau ambil gambar waktu senja mesti gambar kurang jelas. Tunggu saja pagi esoknya.
Pagi ni sebelum pergi kerja, sempat membelek pokok ros dalam pasu kecil. Nampak dah membesar sedikit dari hari semalam. Warna merah kudupnya dah kelihatan. Seingat saya warna bunganya ungu muda waktu dibeli. Mungkin kali ni dia berbunga dengan warna yang lebih terang sebab penuh dengan kasih sayang. Bila dibelek-belek pokok dalam pasu besar, kelihatan ada kudup juga yang baru muncul. Warnanya merah jambu terang juga. Harap-harap dalam tempoh dua tiga hari ni bertambah lagi kudupnya. Barula meriah.

Sejak dialih ke pasu besar, saya tak pernah siram melainkan semasa pokok-pokok ni berada di bawah teduhan selepas dialihkan. Hujan setiap hari dah bekalkan bekalan air yang cukup. Kalau di siram lagi takut busuk pula akarnya. Keputusan saya letakkan di tempat yang kena cahaya matahari penuh nampaknya tepat. Bila da banyak kena cahaya matahari, daun pun giatla menghasilkan makanan untuk pokok. Minggu lepas saya ada taburkan baja tahi ayam. Mungkin sebab itulah juga pokok-pokok ros ni nampak sihat sejak akhir-akhir ini. Hujung minggu lepas pun saya ada letak kulit pisang dalam pasunya. Katanya kulit pisang bagus sebagai baja untuk pokok-pokok yang mengeluarkan bunga. Ia membekalkan potassium untuk pertumbuhan pokok.

Tak sabar sungguh nak tengok hasilnya. Kali pertama tanam bunga ros adalah sewaktu baru kahwin. Hidup sekejap aje kemudian mati. Kalau kali ini berjaya, mungkin akan tambah lagi koleksi ros pelbagai warna.


posted from Bloggeroid

Jumaat, 30 November 2012

Dear Rose...




I bought these rose plants two weeks ago from Carrefour. They were planted in a very small pot. Days after that, I transplanted then into two different pots. Their root has occupied the whole pot. With bigger and individual pots, I hope this will help them develop more root for better growth.
After transplanting, I put them at a quite shaded area at my porch. When I brought them home, there were a lot of rose buds starting to develop. I pruned all of them to ensure all the energy focus to develop new rooting system. I watered them lightly.
From what I read, I learned that rose plant need at least six hours of sun bath. Afraid that immediate exposure to sunlight will stress the plant, I let them stay under shade for at least a week. Plus, since it is raining heavily every single day, I am afraid the roots will be over watered and this might cause rotten root. However, I noticed that the plants starting to lose their leaves day after day.
So, three days ago I had to convince myself to move them away from the shade. I put them right where the sun hit every morning until noon. I think that there will be all right since morning sun rays are not that hot. Even though, every day we had heavy downpour, still the sun shines for at least from 7 am to 3 pm.
This is what I noticed this morning. The red shoots are coming out. This is the sign that my roses are doing very well now. I can wait to see these plants producing light purple roses.

posted from Bloggeroid

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...