adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Selasa, 15 April 2014

Selasih Menumpang Kasih

Sejak mula bekerja selepas cuti bersalin hampir setahun lalu, saya hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tanaman sahaja. Tiada tanaman baru yang saya tanam melainkan beberapa tanaman yang tumbuh secara tidak sengaja di dalam pasu kompos saya. Antara tanaman yang tumbuh secara tidak dirancang adalah selasih Thai ini.
Hujung minggu lalu, saya berkesempatan curi sedikit masa membersihkan pasu-pasu yang sudah mula ditumbuhi dengan rumpai. Tanpa disedari ada dua anak pokok selasih Thai tumbuh di celah-celah ros Jepun di pangkal pokok mulberi. Kelihatannya agak sihat. Saya memang ada merancang untuk bawa pulang benih selasih Thai dari kampung memandangkan kumpulan pokok sebelum ini sudah mati belaka. Siapa sangka masih terdapat benihnya yang masih mampu bertunas di dalam tanah tambahan pula cuaca agak kering dan panas beberapa bulan lalu. Cuma pada bulan ini hujan turun di Putrajaya hampir saban hari.


Di kesempatan petang itu juga, saya mengalihkan anak pokok selasih yang paling sihat ke pasu yang lain. Tanah yang disediakan untuk anak selasih ini kaya dengan kompos. Hujan juga turun pada lewat petang itu dan semalam. Pagi ini juga anak selasih kelihatan segar. Nampaknya anak pokok selasih baru saya ini sudah sedia untuk memulakan hidup barunya tanpa perlu menumpang kasih lagi. Semoga sihat segar selalu dan menghasilkan ulam-ulam segar untuk kami sekeluarga. Syukur Alhamdulillah. Tanda Allah kasih kepada hamba-Nya.


posted from Bloggeroid

10 ulasan:

  1. kalau dilaman sy ni...selasih thai sangat bahagia dgn cuaca panas sekarang...sy je yang tak sempat nk maintain pokok nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau cuaca panas kena kerap siram.. kalau tak daunnya agak berserat dan bunga cepat keluar, daun pun kurang..

      Padam
  2. senang hidup kn selasih ni... bau dia pn wangi je

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang senang, kalau tiba waktu berbunga banyak rama-rama atau serangga terbang yg datang..

      Padam
  3. berlumba2 menunjukkan diri pada tuan tanah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hendakkan perhatian.. dapat perhatian.. dapat pasu sendiri hehehe

      Padam
  4. Salam Wanie,

    Mak Aji kurang tahu pasal Thai basil ni - Wanie biasa taruk dalam masakan apa ya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa sy masukkan dlm masakan labu atau kobis masak lemak putih, lepas tutup api baru masukkan daun selasih. tutup periuknya dan kepanasan kuahnya akan layukan pucuk selasih.. kalau letak awal hancur daunnya.. kdg2 buat ulam segar cicah budu+tempoyak...buat ulam laksa pun sedap.. rasa pedar pedas2 macam lada hitam tapi x kuat..

      Padam
  5. Pucuk dicita ulam mendatang...Semoga selasih Thai tu akan membesar dgn sempurna. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. pucuk yang dicita-citakan buat ulam pelengkap hidangan..

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...