Apa dalam kotak besar ni? Dalam kotak ni ada pakaian lama yang tidak lagi dipakai oleh kami anak-beranak. Pakaian ini tidak koyak atau rosak teruk. Ia tidak lagi dipakai kerana sudah tidak muat untuk dipakai atau sudah agak lusuh. Atau mungkin juga sudah agak lama rekaannya. Dalam kotak ini juga ada "soft toy" yang tidak menjadi mainan anak-anak. Maklumlah, anak-anak saya lelaki. Jadi mainan sebegitu bukan mainan mereka. Ada juga beberapa buah beg lama yang tidak lagi digunakan dalam kotak ini. Ke mana kotak ini hendak dihantar? Kotak ini dibawa ke Pusat Kitar Semula Komuniti di Presint 9, Putrajaya. Saya dan suami akan kumpulkan item-item yang saya sebutkan tadi setiap sekurang-kurangnya empat bulan sekali. Selain dapat mengurangkan longgokan barangan yang tidak berguna di rumah kami, sekurang-kurangnya item ini dapat dimanfaatkan oleh orang lain setelah dibaikpulih oleh pekerja-pekerja di pusat itu.
Ahad, 17 Februari 2013
3R - Reuse, Recycle & Reduce
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menarik. Terima minyak masak terpakai...mungkin utk biodiesel.
BalasPadaminipun pertama kali saya hantar minyak masak, minyak masak paling tinggi harga beliannya..nak dapat sebotol di dekat setengah tahun rasanya..pekerja pusat komuniti tu beritahu minyak masak paling jarang orang hantar
PadamBagus jugak ada tempat buang minyak .selalu masuk dalam plastik dan buang dalam tong sampah saja.
Padam