Gambar di atas menunjukkan cebisan dari keadaan rumah saya. Saya malu nak tunjuk keadan rumah saya. Tidaklah kemas tapi bolehlah tahan. Yang penting bersih. Catatan saya ini jauh menyimpang dari aktiviti kebun tapi masih berkisar hal domestik. Ketika waktu menghampiri jam 10 malam, saya maklumkan rakan saya yang saya hendak selesaikan kerja melipat kain baju yang tiga bakul tu dan mengemop lantai sebelum jam 12.00 tengahmalam. Kawan saya cadangkan upah sahaja pembantu rumah harian untuk selesaikan kerja-kerja rumah. Saya diamkan saja sebab ada banyak perkara saya hendak huraikan kenapa saya rasa saya tidak perlukan pembantu rumah (buat masa sekarang..). Oleh kerana terlalu banyak yang hendak dihuraikan, maka pada malam yang indah ini saya huraikan sebahagian saja dulu.
Pertama : Saya kurang gemar orang lain buat kerja rumah bagi pihak saya. Saya juga kurang gemar beri arahan kepada orang lain untuk selesaikan kerja rumah saya. Jika hasil kerja yang dilaksanakan tidak kena dengan hati saya, silap hari bulan saya buat semula kerja itu mengikut kehendak saya. Daripada saya buang masa beri arahan, tunjuk ajar atau buat semula, baik saya buat sendiri.
Kedua : Kalau bab melipat kain pula, takkanlah si pembantu nak lipatkan seluar kecik saya anak beranak. Kalau nak diasingkan siap-siap, baik saya selesaikan sendiri kerja melipat tu. Lagipun kain baju perlu dilipat setiap hari. Takkanlah nak tunggu pembantu datang hujung minggu semata-mata nak melipat kain baju sahaja. Dibayar pula tu. Kerja melipat baju ni boleh dibuat sambil menonton tv. Tambahan pula, dapatlah kita membelek serba sedikit baju suami dan anak-anak kalau terkoyak ke terhilang butang ke atau diasingkan siap-siap sebab tidak lagi muat untuk anak pakai.
Nanti saya sambung lagi...
posted from Bloggeroid
Sebenarnya baik lagilah buat sendiri kerja rumah nie kan...ade orng asing dlm umah cam tak best jgk pun..
BalasPadamsaya pun x suka orang asing dalam rumah...rimas.
Padamkenkadang kalo dah penat keje, berat gak nak buat kerja rumah...hehehe
BalasPadamsaya buat ape yang mampu aje..kalau berat2, hujung minggu baru menghadap, hari lain memasak dengan lipat kain and menyapu serba sedikit.
PadamLynn ada maid 10 tahun..cukuplah. Nwadays anak dah besar, blh buat sendiri. Cuma once a month ada cleaner dtg rumah utk cuci tingkap, sawang2 kat belah atas & spring cleaning di bhg dapur... itu perlu tenaga yg byk, mmg x larat. Yg depan mata kita boleh buat daily. Sekali panggil utk 4 jam hanya RM70 (4 cleaners)..berbaloi la..
BalasPadamMurahla tu! kalau di sini sejam rm50 ringgit dgn 2 org pekerja.. minimum 4 jam sehari.. tp belum pernah panggil diorg dtg kerja lagi.
Padam