Kalau orang lain sudah mampu tuai sawi pada mingg ke empat hingga minggu ke enam, saya masih lagi terkial-kial membesarkan sawi saya. Sawi saya kecil lagi. Saya kira mungkin ini disebabkan ruang yang kecil untuk ia terus membesar. Sejak minggu lalu saya dah gemburkan sedikit kawasan dalam kebun sejemput untuk pindahkan sawi-sawi saya. Memandangkan hari ini Hari Wilayah, maka saya telah sedia seawal pagi untuk memindahkan sawi-sawi saya. Saya jarakkannya kira-kira sejengkal antara satu sama lain. Memadaikah dengan jarak sebegitu untuk ia membesar?
Kawasan ini agak teduh pagi tadi. Ia beransur-ansur terima cahaya matahari penuh menjelang tengahari. Saya harap cambahan sawi saya mampu bertahan dengan suhu panas sehingga petang. Mujurlah saya ada di rumah selama tiga hari berturut-turut sempena cuti Hari Wilayah dan hujung minggu. Dapatlah saya meninjau ketahanan sawi-sawi ini dalam tempoh tiga hari ini. Harapnya dapatlah ia membesar dengan sihat di "rumah" barunya.
posted from Bloggeroid
Ok jarak tuh..biasanya kan kalau kita baru alih amek ms gak utk membesar..biasanya sy letak peneduh bila alihkan spy sawi tidak lemah kepanasan..
BalasPadamso far sehingga hari ni sawi nampak baik tanpa peneduh..mula-mula risau juga takut mati layu...tapi makin hijau pula daunnya sejak pindah.
Padamsaya pon tgh tunggu benih sawi bercambah, dah hari ke 4 belum nampak lagi......
BalasPadamkalau bernas benihnya tak lama tumbuhla tu..
Padam