Meriah sungguh pohon ros yang kecil ini dengan cambahan pucuk-pucuk barunya. Sejak "extreme makeover"nya minggu lalu, banyak pucuk baru yang keluar. Kalau tak dikawal dan dibentuk boleh caca marba jawabnya bentuknya nanti. Lepas ni bolehlah mula menggetu pokok bila sudah cukup kira-kira lima helai daun. Kerja menggetu dilakukan dengan meninggalkan sekurangnya tiga helai daun masih di dahan. Memandangkan dahannya masih lembut, menggetu boleh dilakukan dengan mencubit dengan tangan sahaja. Dalam pada itu, jangan lupa siram dua kali sehari dan baja setiap dua minggu. Alhamdulillah, setakat ini masih belum ada serangan kulat, penyakit atau serangga perosak yang menguji saya.
Yang ini pula pokok dalam pasu besar. Agak kurang pucuknya. Mungkin masih belum memcapai momentumnya dalam mengeluarkan pucuk-pucuk baru. Apapun, kedua-dua pokok kelihatan dalam keadaan terbaik.
posted from Bloggeroid
Salam wanie,
BalasPadamBanyak dah pucuk2 pokok ros tu,lepas ni meriah la dengan pokok2 ros wanie nanti. Nak tanya pasal serangan fungus tu,apa ya ubat di gunakan untuk fungus tu,wanie tau tak?
tak pastila ibu qistina macam mana nak tackle funggus tu...sebab belum pernah terkena. risau juga..
Padamelok segar tumbuh nya...
BalasPadamAlhamdulillah...harapnya segar tu berpanjangan
Padam