adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 14 Februari 2013

Tiada Jawapan Buatmu.. Telang - Minggu 2



Sudah agak lama tidak menulis apa-apa dalam blog kebun sejemput ini. Tidak ada apa-apa yang menarik berlaku dalam tempoh sepuluh hari ini (macamla ada yang menarik sebelum ini heheh). Saya sudah berhenti menyemai sebarang jenis sayuran buat masa ini memandangkan saya akan bersalin dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Bimbang tidak dapat menuai bila tiba masanya. Apa yang saya lakukan sekarang cuma menyelenggara kebun sejemput dengan apa yang ada. Sejak ditinggalkan selama empat hari sepanjang hujung minggu lalu, kebun sejemput didapati kekeringan. Nampaknya bumi Putrajaya tidak dibasahi hujan salama tempoh itu. Selepas disiram oleh suami tersayang lewat petang Selasa lalu, barulah nampar segar sedikit. Hampir kesemua tanaman nampak kekuningan akibat kekeringan.
Ada penemuan menarik saya telah temui petang Selasa itu. Dalam sebuah pasu kecil yang saya telah semai benih telang kira-kira dua minggu lalu terdapat anak benih yang saya percaya adalah benih bunga telang. Ia tumbuh dengan elok dan hari ini telah mempunyai empat helai daun. Agak lama saya menunggu hingga saya sangka benih itu telah musnah akibat reput. Saya semai tiga biji benih. Namun kehadiran benih yang satu ini cukup mengujakan. Kalau ditanya bagaimana kaedah yang berjaya menanam benih telang, tentulah saya tiada jawapannya...


posted from Bloggeroid

10 ulasan:

  1. 2 bulan lagi yer..hehehe..sempat tanam sawilah kot..hehehe...sy pun bertanam pun berkira ms jugk..hehehe...bunga telang kan..bila dah berbunga2 nanti lama2 jd bosan..sbb malas nak masak wat sirap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah ummu..rasa-rasa macam sempat lagi nak semai sayur berdaun ni. tapi cycle pertama pun belum sempat tuai lagi..bunga telang ni saya nak trim elok2 bagi ceria lamn rumah..bunganya nak buat pewarna kuih dan nasi kerabu selain sirap..insyaAllah ada rezekinya kan? hehe

      Padam
  2. Telang mmg lama jugak nk tumbuh. Alhamdulillah. Tumbuh jua

    BalasPadam
    Balasan
    1. hampir putus asa saya dibuatnya...bila buat derk tumbuh pula hehe

      Padam
  3. saya tanam telang tak tumbuh-tumbuh.. lagi takde jawapan.. heheheh

    BalasPadam
  4. pengalaman mak saya tanambenih telang, ada yg tumbuh dlm masa 2 minggu, sebulan pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi! lamanya! nasib saya semai sikit-sikit..kalau semai semua rugi masa menunggu..kalau tumbuh rezekila..kalau reput lagi rugi kot =)

      Padam
  5. betul... telang memang ambil masa dlm 10 hari atau mungkin lebih utk tumbuh. Anyone yg nak benih, let me know sbb lynn byk simpan

    BalasPadam
    Balasan
    1. untungla..satu pokok je dah berapa banyak benih yang keluar ek

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...