adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Ahad, 21 Julai 2013

Membuat Kompos Dalam Beg Plastik - Cara Saya


Walaupun laman belakang rumah saya luas, saya tidak menyediakan lubang kompos di kawasan itu. Pertama, kerana saya malas nak buka pintu belakang setiap kali hendak membuang sisa dapur. Lagipun, waktu malam agak gelap di laman belakang. Kedua, saya rasa pihak perbadanan sudah tentu kurang senang jika saya buang sisa dapur untuk dijadikan kompos. Jadi, saya membuat kompos dalam beg plastik sebagai alternatif.
Plastik yang digunakan adalah dari jenis tebal dan tidak terbiodegrasi. Contoh yang paling baik adalah beg plastik pembungkus beras dan lampin pakai buang. Sebelum diisi dengan sisa, buang lubang dibahagian tepi plastik bukan di bahagian bawah. Ini untuk mengeluarkan air sisa dan pengudaraan.
Saya mulakan dengan mengisi sedikit tanah atau daun-daun kering sebagai alas. Kemudian bolehlah masukkan sisa seperti kulit buah-buahan, kulit sayuran, kulit telur dan sebagainya. Elakkan memasukkan bahan makanan bermasak. Elakkan juga memasukkan kulit nenas atau limau ini akan menjadikan tanah berasid. Saya juga masukkan resit, kertas dan daun-daun kering serta sisa cantasan tanaman hiasan.
Selang 2-3 hari saya akan tuang sedikit air untuk mempercepatkan proses reputan dan kaup bahagian bawah naik ke atas. Ini bagi menggalakkan pengudaraan dan menyebatikan bahagian yang belum mereput di bahagian atas. Sesekali, masukkan tanah.
Kompos tersedia setelah bahan mereput iaitu kira-kira 5-6 minggu. Walau bagaimanapun, kulit telur dan ranting kadangkala mengambil yang lebih lama sedikit. Sebelum menggunakannya, saya akan keluarkan bahan kompos dari dalam beg plastik dan masukkan ke dalam sebuah pasu besar. Kompos ini kemudiannya saya gaulkan dengan tanah. Biasanya adunan tanah dan kompos akan mengering sedikit berbanding agak basah dan berketul apabila dikeluarkan dari plastik. Kemudian barulah digunakan sebagi medium semaian atau digaulkan dengan tanah dalam pasu atau batas.
Saya agak baru dalam urusan membuat kompos. Kepada sesiapa yang punya pengalaman, bolehlah berkongsi pengalaman ya!


posted from Bloggeroid

1 ulasan:

  1. Bahan utama kompos adalah bakteria yang menguraikan bahan-bahan kompos. Di sini amat penting kompos menerima pengudaraan yang baik. Jika puan lakukan begini, adalah elok jika puan kerap mengubah atau menggaul kompos agar serata pengudaraan. Ini bagi mengelakkan ada yang termendap dan menjadi busuk akibat proses anaerobik.

    Petua nak kompos cepat, gunakan baja tahi ayam sebagai ramuan tambahan. Bakteria di dalam baja tahi ayam mempunyai kadar penguraian cepat berbanding tahi-tahi lain.

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...