adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Ahad, 14 Julai 2013

Tuaian Nasi Kerabu


Sejak seminggu lalu, saya mengutip bunga telang yang mekar setiap pagi. Terasa rugi jika dibiarkan layu pada pokok. Saya simpankannya dalam bekas kering di dalam peti sejuk. Tengahari semalam saya turut tuai sedikit pucuk selasih Thai dan daun limau purut. Seperti biasa, serai juga dituai untuk stok seminggu. Cukup sesuai tuaian ini dibuat ramuan Nasi Kerabu dengan campuran ulaman yang dibeli dari pasar. Bunga telang direbus dengan sedikit air untuk mendapatkan jus birunya. Jus biru itu digunakan untuk menanak nasi biru dan turut juga menjadi bahan untuk adunan Kuih Buah Melaka atau Onde-Onde saya. Daun limau purut dan selasih Thai dihiris halus sebagai ulaman dicampur dengan hirisan bunga kantan, timun dan kacang panjang. Serai pula ditumis bersama bawang putih, halia, bawang putih dan cili giling untuk sambal budu. Puas hati sebab semalam tiada satu pun juadah dibeli dari bazar Ramadhan!


posted from Bloggeroid

6 ulasan:

  1. alhamdulillah.. selera sungguh tengok masakan pagi-pagi ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepanjang hari x boleh tengok makanan, nanti haru biru hehe

      Padam
  2. Alhamdulillah....sedapnye wanie makan nasi kerabu hasil olahan sendiri. Puas hati makan bertambah2. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pagi tadi pun sahur nasi kerabu... sekarang kalau x puasa mengulang makan lagi kot hehe

      Padam
  3. bestnya leh tuai2 sendiri...
    sy tgn panas...tanaman x tahan lama
    tanam pun dlm pasu ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. adalah sikit2 yang boleh dituai...ada juga ditanam dalam pasu aje

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...