adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 15 Julai 2013

Tomato Mula Berbunga - Minggu 6

Dua minggu lalu, saya telah pindahkan semaian tomato ceri dan tomato bulat saya ke batas. Minggu ini, umur kedua tomato tersebut telahpun berumur 6 minggu. Setelah dibaja pada minggu lepas, saya dapati pokok-pokok tomato tersebut sihat dan kuat. Pagi ini, kedua-dua pokok tomato bulat di batas telah mula menunjukkan tanda-tanda mengeluarkan bunga. Adakah terlalu awal? Wajarkah saya buang dahulu kudup bunganya untuk membolehkan pokok membesar lagi? Berdebar pula dibuatnya. Pokok-pokok tomato ini setinggi kira-kira sekaki sekarang. Sudah agak lama saya tidak menanam tomato sehingga tahap berbunga. Mungkin kerana sekarang saya agak bersungguh berkebun. Tak sabar rasanya nak menuai tomato segar.




posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. salam ramahdhan..
    nak tanya akak letak baja apa yer..pokok tomato saya dah nak menguning..sebab apa yer..kalau dah menanam memang x sabar nak tunggu kan..sama la..

    BalasPadam
  2. Pembaca pun tak sabar jugak nak tengok hasilnya.

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...