adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 25 Julai 2013

Tomato Mula Berputik - Minggu 7


Alhamdulillah. Tomato ceri saya telah mula berputik manakala tomato bulat juga telah mula gugurkan kelopak bunganya semalam. Sejak mula berbunga, saya jentik manja bunganya sebagai pemangkin pendebungaan. Nampaknya menjadi. Setakat pagi ini, putiknya sebesar hujung jari kelingking saya. Bunga-bunga tomato pada pokok tomato yang sama juga mula berkembang. Tak sabar menunggu masa tomato sedia dipetik. Semalam saya telah letakkan baja tinja ayam dan baja cecair disembur setiap hari. Agaknya berapa masa lama tomato sedia dipetik dari hari ia mula berputik?


posted from Bloggeroid

2 ulasan:

  1. Untuk tomato berbuah banyak, ketika di kelas dahulu, kami membuang putik bunga di awal pertumbuhan. Kami juga buang pucuk selepas 3 minggu tumbuh. Ini bagi membiarkan lebih banyak sulur tumbuh. Kemudian barulah tomato akan bercabang banyak. Maka buah pun banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada terbaca begitu namun masih belum berani mencuba sebab bimbang pokok mati. Mungkin di pusing kedua saya akan cuba cantas pucuknya. Terima kasih atas saranan.

      Padam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...