adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Ahad, 10 Mac 2013

Biskut Gula Hati


Ahad depan adik lelaki saya akan bertunang. Mak mengharapkan saya untuk sediakan biskut dan kek cawan sebagai barang hantaran. Kami sediakan lima dulang hantaran. Barang-barangnya cincin bertunang, kek cawan,  biskut, buah-buahan dan kain telekung. Ringkas sahaja. Semalam saya pun bertungkus-lumus dari hari Jumaat menyediakan biskut gula ini. Dengan dua adunan dapatlah lebih dari seratus keping. Lebih dari cukup untuk hantaran. Saya dah beli pembungkusnya tapi kurang pasti bagaimana hendak menggayakannya. Jadi saya simpan saja dalam bekas kedap udara dan tunggu saja mak yang gayakannya. Mak saya kreatif orangnya. Hantaran perkahwinan saya dan bilik pengantin mak yang hias. Mak juga sediakan hantaran untuk saudara-mara serta rakan-rakan terdekat. Untuk pertunangan adik saya mak guna warna merah dan pic. Kerap juga mak mesej gambar hiasan hantaran yang dia sediakan. Tak sabar nak tengok dengan mata kepala sendiri. 
Biskut gula ni ringkas saja resepinya tapi perlu masa yang lama nak sediakan. Bila lapang sikit saya akan kongsikan. Kalau dilihat betul-betul, memang kurang kemas coraknya sebab adunan aising putih kurang pekat. Lain kali saya kena buat pekat sedikit agar tak kembang.

Published with Blogger-droid v2.0.10

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...