adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Jumaat, 8 Mac 2013

Rutin Setiap Selasa


Sejak hampir setahun lalu (mungkin lebih dari setahun), inilah rutin kami setiap Selasa. Pada setiap hari Selasa, Alam Flora bagi pihak Perbadanan Putrajaya akan mengutip sampah-sampah yang boleh dikitar semula disamping sampah domestik di kawasan perumahan kami. Bagi kawasan lain di Putrajaya, hari kutipan mungkin berbeza. Setiap rumah akan dibekalkan dengan dua beg plastik. Beg plastik biru untuk sisa kertas manakala beg plastik putih untuk tin, kaca serta plastik. Kebiasaannya kami akan masukkan sisa kertas seperti kotak, risalah dan bil yang dicarik. Bagi beg plastik pula akan diisi dengan tin minuman, tin susu, botol plastik dan kaca. Bahan ini akan dicuci dulu supaya bersih dan tidak didatangi semut. Saya tidak perasan samada jiran-jiran kami juga buat perkara yang sama. Tapi suami saya perasan setiap kali sampai di rumah dari pejabat setiap Selasa, hanya rumah kami dibekalkan dengan beg plastik gantian. Sebenarnya barang-barang ini boleh dihantar ke pusat kitar semula dan dibayar. Namun rasanya tidak berbaloi jika kerap ke sana. Biarlah pekerja pembersihan yang menjualnya. Sekurang-kurangnya mereka mendapat pendapatan sampingan. Dan juga, sekurang-kurangnya kami meringankan kerja mereka mengasingkan bahan kitar semula. Anda kitar semula?

Published with Blogger-droid v2.0.10

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...