adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Khamis, 10 Disember 2015

Rezeki Di Plot. No. 2

Kali terakhir bercerita tentang Plot No. 2 saya ini adalah pada awal Oktober lalu. Nampaknya sudah lebih dua bulan tiada cerita yang dikongsi oleh saya tentang plot ini. Plot ini sebagaimana biasa membekalkan pucuk selasih Thai buat ulaman bersama nasi. Tak putus memberikan hasil sampai sungguh merimbun jadinya. 


Pokok-pokok cili juga tak jemu berbuah walau tak sebanyak mana. Hasil yang diberi cukup untuk dibuat sambal atau kadang kala dibuat rencah masak lemak cili padi. Dalam lima pokok cili yang saya ada, cuma ada satu pokok yang paling tinggi masih belum berbuah sehingga ke hari ini. Bunganya mudah sungguh gugur setelah berputik. Adakah sebab pokok ini banyak semut? Kalau ada yang tahu sebabnya, harap dapatlah berkongsi pengalaman. Apa-apa pun, hasil dari pokok-pokok yang lain pun dah memadai.




Setelah berbulan lamanya labu saya asyik berbunga jantan, saya akhirnya mencuba petua dari situ tanamsendiri.com, Encik Iskandar. Katanya letakkan serbuk ikan bilis ke pangkal pokok untuk galakkan pokok mengeluarkan bunga betina. Saya cuba taburkan isi perut ikan bilis dengan beberapa ekor ikan bilis ke pangkal pokok. Alhamdulillah, lewat minggu itu saya perasan bunga betina telah pun muncul dengan labu sebesar ibu jari saya. Gembiranya saya. 



Kegembiraan saya tidak lama kerana setelah seminggu lebih ke luar daerah untuk urusan kerja dan kekangan masa, saya lihat bunga betina saya telah gugur. Melihatkan bunga yang gugur, saya rasa bunganya belum sempat kembang untuk didebungakan. Saya agak mungkin kurang nutrien yang diperlukan untuk bunga terus membesar.

Sabtu lepas, sekali lagi saya letakkan sisa ikan bilis yang dikisar dengan pisang di pangkal pokok labu. Alhamdulillah, tiga hari kemudian saya dapati dua bunga betina telah muncul. Mulai hujung minggu ini saya akan letakkan baja kopi setiap minggu untuk pastikan pokok cukup nutrien supaya bunga betina dapat kembang. 


Setelah kembang, saya juga kena pastikan ada bunga jantan yang kembang setiap hari untuk debungakan secara manual bunga betina. Ini untuk pastikan buah labu dapat dibentuk. Bunga jantan hanya kembang untuk sehari manakala bunga betina dapat bertahan beberapa hari sebelum gugur sepenuhnya jika tidak didebungakan. Kelopak bunga betina akan gugur dan buah membesar jika dapat didebungakan.

Doakanlah supaya rezeki saya berpanjangan dengan dua kuntum bunga betina yang dah muncul ini setelah sekian lama. InsyaAllah.


5 ulasan:

  1. Memang gembirakan wanie bila dah berbuah..
    CH ada lagi simpan tahi ikan bilis tu..
    Tak tertaruk lagi kat tanaman tu..

    BalasPadam
  2. Nak keluar bunga. Harap yang ni menjadi buahnya.

    BalasPadam
  3. Macam-macam pokok ada. Bila dapat hasil memang seronokkan.

    BalasPadam
  4. Seronoknya tanah diusahakan....saya pula tak sempat sangat nak isi semua tanah dengan pokok...huhuhu

    BalasPadam

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...