adsense

Pengikut

leaderboard nuffnang

Isnin, 16 Februari 2015

Blue Mosque dan Spice Bazaar

Dalam catatan kali ini, saya kembali semula ke perjalanan hari pertama saya di Istanbul iaitu pada hari Isnin. Keluar dari apartmen, kami segera mengalas perut dengan sarapan ringkas berupa roti dan sup Turki. Usai sarapan, kami bergerak ke Blue Mosque melalui Arasta Bazaar. Arasta Bazaar menempat beberapa kedai yang menjual hasil tangan masyarakat Turki seperti hiasan seramik, barangan kulit, barang kemas dan juga hasil tenunan sutera serta permaidani. Namun begitu harganya sangat mahal dan produk yang dijual boleh dikatakan high end product.





Sampai di Blue Mosque kami disapa dengan hujan rintik halus dengan tiupan angin laut yang dingin. Bagi yang tidak bertudung, kain penutup kepala boleh didapati di kawasan luar masjid kerana masjid ini masih berfungsi sebagai tempat ibadat Islam. Jadi amatlah penting untuk kita menghormatinya. Kasut juga perlu dibuka untuk memasukinya dan plastik untuk mengisi kasut ada disediakan di pintu masuk. Hanya bahagian depan dalaman masjid sahaja dibenarkan untuk tujuan lawatan pelancong. Bahagian saf hadapan hanya boleh dimasuki untuk bersolat. Bahagian tertutup di belakang diperuntukan sebagai ruang solat wanita. Bagi yang ingin memahami Islam, pengunjung boleh mengunjungi pusat Islam masjid untuk penerangan daripada pegawai yang bertugas. Masjid Sultanahmet ini digelar Blue Mosque kerana sebahagian besar hiasan jubin seramik yang menghiasi ruang dalaman masjid berwarna biru.









Sultanahmet Mosque ini terletak di kawasan Sultanahmet Meydani yang telah saya ceritakan sebelum ini. Dari sini kami terus bergerak ke kawasan Spice Bazaar untuk makan tengahari sebelum membeli belah di pasar berkenaan. Sebelum ke pasar, kami singgah di kedai pakaian untuk membeli jaket musim sejuk untuk ayah dan emak. Memang kami telah merancang untuk membelinya di sini kerana harganya jauh lebih murah dari jaket yang dijual di Malaysia. Dengan harga bawah dari RM100 pun boleh dapat jaket yang elok. Cuma sebelum mendapat jaket elok, ayah dan emak perlu memakai beberapa lapis baju dengan sehelai jaket yang tebal tetapi belum cukup untuk memanaskan badan.

Selesai membeli belah, kami terus menuju ke Spice Bazaar. Di sini ada menjual pelbagai keperluan seperti benih tanaman, makanan dan aksesori binatang peliharaan, kelengkapan dapur, manisan dan teh Turki, keju, buah-buahan, rempah ratus, kekacang dan pelbagai lagi. Bagi yang ingin mendapatkan buah tangan, pasar ini adalah tempat paling sesuai untuk membeli rempah ratus, kekacang, manisan Turki dan teh serta kopi Turki. Jika ingin membeli t-shirt, selendang atau rantai kunci dan seramik, ada baiknya beli sahaja di Grand Bazaar. Spice Bazaar ini juga dikenali sebagai Egyptian Bazaar kerana ianya dibina dengan menggunakan hasil pendapatan kerajaan Ottoman di Mesir pada tahun 1660. Sehingga kini pasar ini menjadi pusat dagangan utama rempah ratus bagi Istanbul. Hasil pendapatan yang dijana oleh pasar ini sebahagiannya digunakan untuk menguruskan Yeni Camii - New Mosque yang terletak berhadapan dengan pasar ini. Pasar ini boleh didatangi melalui tram yang berhenti di stesen Eminonu.


Spice Bazaar

Rempah ratus

Buah-buahan kering

Turkish Delight


Zaitun

Pelbagai zaitun yang dijeruk

Keju



posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...